Pages

27 December, 2014

JB,HFMD -Cuti paling haru!!

Isnin-Rabu aku & family ke JB
Konon2 nak bawak anak bjln
Sebelum bertolak aku sempat pg bayar pendaftaran untuk tadika Auni
Kos hanya RM230 untuk pendaftaran-tadika gomen jer!

Suami booked hotel Silka Jb thru booking.com rega RM240 untuk 2 mlm including breakfast

Sampai Jb melilau cari hotel,mujur ada Waze..mmg sgt membantu
Elok aje check in mandikan Adeeb
Bukak aje pampers dia,penuh blister kat nappy area dan perasan few kat tapak kaki
Allahuakhbar...HFMD pulak...

Mandi2,on waze cari klinik & farmasi
Pegi klinik area Taman Johor Jaya
Confirmed-HFMD
Doktor kat klinik tuh mmg terangkan yang xde ubat utk hfmd-kecuali monitor temp
Aku pun mmg maklum sbb Auni pernah kena dulu
Tapi at the end doktor bg plak antibiotik segala-aku x bg pun adeeb makan.
Cakap x serupa bikin!!

Balik klinik,aku melilau cari farmasi sbb aku perlu cari ubat spray untuk ulser namanya Aloclair-mmg magik ubat nih utk ulser & senang nak guna.

Balik farmasi cari tempat makan,anak2,dah lapar.wpun ikut ittenary nak g Danga Bay tapi nan hado sbb Adeeb merengek sbb ulser & dah mula demam...G makan kt food court Tesco jer area Taman Johor Jaya.Sadis!!

Mlm pertama mmg nightmare,Adeeb menangis meraung sbb sakit ulser dia tuh..mmg aku x tido sgt..kejap2 bangun dukung dia.

Terus menyesal sbb bawak anak bjln tanpa sedar yang anak itu sebenarnya tak sihat!!

Habis day 1-nanti aku sambung kisah hr kedua-lagi haru!!

16 December, 2014

Musim makan nasi minyak

Aduhai..maaflah
Lama sgt baru nak update blog nih
Sedang berehat panjang maka mengadap blog adalah sedikit Malas

Minggu lepas kami sekeluarga ke Taiping
Menghadiri kenduri kawin sepupu rapat 
Meriah jupe sanak sedara yang dah lama tak berjumpa

Wedding nih diadakan di Hotel Perdana
Di adakan sekali sebelah lelaki & perempuan
Serba ringkas
Makan serba cukup
Tetamu ramai yang hadir
Apapun wedding paling relaxlah 
Tak serabut sgt
Tak banyak tentatif-selain makan & bergambar

Marilah layan gambar yg sempat dirakamkan




Apapun seronok jupe sedara mara
Almaklumla nak jupe sedara setahun sekali pun mujur
Jadi kenduri kendara memang medan untuk bertemu mata 

Next wedding bulan depan
Sepupu jugak 
Cant wait!!!





02 December, 2014

You can do ANYTHING but you cant do EVERYTHING!

Maafkan blog berhabuk 2 minggu
Aku busy meladeni isu kesihatan anak2
Kejap keja,kejap ponteng,kejap MC
Tak banyak pilihan untuk orang yang cuti tahunan tinggal "negatif' ni

Tapi nak buat m/mana,bila anak2 sakit tiada pilihan lebih baik selain seorang ibu yang menjaganya
Dengan isu kerja2 dipejabat yang tak berkesudahan
Memang valid reason untuk membiarkan blog nih bersawang sementara

Dan hari nih aku membuat keputusan paling drastik & paling sukar dalam hidup
Susah nak aku terangkan
Nantilah pelan2..
Belum finalise lagi tapi menuju ke arah itu

Doakan semoga jalan hidup aku dipermudahkan ALLAH hendaknya
Jauh dari dengki khianat manusia
Dan aku berpasak pada sebuah kebenaran semata2

Memang sebagai manusia kita boleh buat apa sahaja
Tapi tak semua kita boleh buat segalanya


Aku sedang mencari-cari back up plan
Dan berharap semoga apa yang aku rencanakan menjadi hendaknya

Dengan izin Allah swt!