Pages

29 September, 2014

Being ignorance!

Minggu lepas ada isu sikit dengan bos
Soal kecik sgt
Dia kecoh2 & membesarkan isu yang remeh temeh


Aku mmg tak suka gaduh2
Aku biar dia merepek
Aku biar dia cakap apa yang dia nak
Cukup time aku angkut beg cabut
Tinggalkan dia terkebil2

Balik rumah
Meleleh airmata kat pipi
Aku istighfar byk2 sepanjang jalan
Aku solat istikharah malam tuh
Ikut hati mmg aku nak tender resignation 24jam
Aku rasa teraniaya

Tapi aku bagi masa utk bertenang pada diri sendiri
Keesokkannya aku masuk opis
Buat macam biasa
Senyum & kerja macam tiada apa yang berlaku

Pukul 2:30pm
Boss panggil masuk bilik
Kali nih dia lebih cool
Dan percaya tak?

Dia cakap sorry!
Dia kata dia tak patut jerkah herdik aku semalam for nothing
Dia tak professional katanya

Aku ucap alhamdulillah dalam hati
Tak putus2 aku panjatkan syukur pada Allah

Allah itu maha adil 
Dia takkan aniaya hamba yang tak bersalah suka2

Bekerja mmg pilihan aku
Aku ada komitmen yang perlu aku bayar
Dan ada t/jawab nak bantu ekonomi keluarga
Aku ikhlas bekerja lillahitaala
Takkanlah aku nak buat keja suka hati 
Duit gaji bawak balik rumah nih nak suap anak2 makan
Aku nak duit itu halal serba serbi
Smg membentuk sahsiah baik pada anak2

Aku ada prinsip yang aku pegang dari dulu
Bos tetap bos
Jangan mimpi ko nak tgk aku nak berbaik dgn bos lebih dari soal kerja
Pg lunch sama?
Pg breakfast?

Aku tak suker mengendeng2
Aku tak nak orang mengata bukan2
Add fb/ig-jangan harap nak add bagai wpun dia request 
Aku respek dia sbg bos
Makanya dia juga harus respek aku sbg pekerja yang bekerja di bawah bidang kuasa aku

Aku tak tau orang lain
Aku ada peel 

Selagimana aku buat keja aku
Tak campur hal org
Ikutlah org nak kata apa
Lantak pi..

Moral of the story
Jgn menjawab bila kita tgh marah
Biarkan sebelah pihak merempan
Cari masa bertenang
Serahkan 100% pada Allah

Bos,you're not always right


Choyyy!!




28 September, 2014

Misi cabut dari KL,jenahak bakar & review Langit Langi Hotel-weekend getaway Port Dickson

Serious lama tak pergi PD
Dari sebelum mengandung si Adeeb sampailah Adeeb nak masuk 11 bulan
Campur tolak dekat 2 tahun

Rabu lepas dah mula cari2 hotel thru agoda,booking.com
Tapi yang biasa aku booked sebelum nih-full house & yang tinggal pun-yang mahal2-rate rm500 onwards
A big NO lah sbb takde bajet byk macam tuh

Sampai Jumaat mmg x jupe lgsg yang berkenan di mata & di poket
So decided-cancel ajelah
Dok rumah ajelah weekend konon2nya

Pagi2 Sabtu
En papa volunteer nak carik hotel kat PD thru agoda lagi sekali
Ikut ko lah abang,mama nak tido
Kebetulan malam sabtu tuh
Adeeb meragam kaw2
Makanya mmg aku tak cukup tido 
Aku kata g cari,kang kul 12tghr kejut aku balik

Kul 11:55am dia kejut bagitau 
Dah jupe hotel & dia nak book hotel nama Langit Langi.
Oitttt hotel yang ada gambar lembu tuh ke?
Kebetulan aku ada ternampak dalam agoda tapi macam tak take notes sgt sbb ternampak gambar lembu..sbb wpun search PD-agoda selalunya akan tunjuk jugak area Sepang,KLIA

Jadi disebabkan en papa confirmed mmg kat PD
aku pun bangun kemas baju sorang 4 pasang
Baju adeeb byk sikit
Dan makanan utk adeeb yang paling penting
Dalam sejam-siap packing,bdk2 pun dah siap-terus masuk keta -jalan!

Memusing jugak cari hotel nih
Rupanya kat Batu 1 sbb Corus Paradise
Dan percayalah -hotel nih sgt baru
Masa kitorang sampai diberitahu hotel baru seminggu launching


Rupanya deretan shop lot -4 lot dari tepi kanan mmg hotel semua


Zoom dekat sikit!

En papa decide booked sbb hotel nih murah dalam RM85 termasuk breakfast & ada outdoor pool



See-ada pool okey.
Sila impress-sbb aku pun tak sangka hotel shoplot blh buat outdoor pool jugak
Merasa jugak berendam sama kanak2


Ini dalam bilik,ada katil queen satu jerk
Tapi kitorang standby bawak toto satu- bantal kecik2 3 bijik
Pakat bersempit-sempitan kat bawah
Ain/auni tido atas katil
Mama,adeeb & papa tido bawah
Fully aircond
Ada free wifi
Heater & coffee bar pun ada

Giler ahhh!!
Murah kan.. 

Selesai mandi anak2 mengaruk lapar
Mari kita ke Seri Mesra Seafood
Ini tempat wajib singgah kalo aku g PD




Percayalah Jenahak bakar kat sini serious worth to try
Sedap giler!
Rega RM 7.50 per 100g
Dan ada nasi lemak bungkus yang sgt sedap
Lupa pulak nak snap gambar
Ain suker betul
Total loss:RM84 
order ikan jenahak,tomyam campur,kailan ikan masin,nasi lemak,otak2-air buah 4 gelas,telur dadar..

Balik malam tuh-mmg pengsan awal
Motip-bosan takde apa nak layan kat tv
Dah papa tgk bola

Esok pagi
Bawak budak2 g breakfast buffet
Takdelah meriah sgt tapi still ok
Selamatlah duit rm20 kalo g breakfast kat luar kan
Ada nasi lemak,kuih 2/3 jenis,mushroom soup,kopi/teh,roti,cereal
Jadikler..lupa nak amik gambar
Bersilat dgn si Adeeb

Pas breakfast g pantai teluk kemang
Mmg nak suh budak2 mandi laut pun
Sampai aje orang tak berapa nak ramai Mmg nak kuar pagi pun spy tak panas sgt
Sewa hut aka kanopi sekali kerusi meja rega RM30
Dah lupa bawak tikar maka nak selesa kenalah sewa kan


Gambar jauh guna henfon jerk
Mama tak terjun laut
Sebab jadi "jaga" beg
Tukang beli makan

Abis mandi dlm 11.15am
Bersiap & balik ke hotel
Utk check out!

Kos peghabis cuti2 marhaen nih
Tak sampai RM250

Jadikler kan
Nak bagi anak2 happy 
Mama papa pun tumpang release stress sekali sekala

Bagi aku nak bercuti hujung2 minggu nih
Kena cari tempat yang dekat2
Ada proper plan
Dan jangan banyak sgt tempat nak melencong
Lagi2 yang ada anak kecik macam aku
Diorang cepat penat tak macam kita kan..
Kena amik kira time tido anak2
Dan yang paling penting
Timing betul2


Dan paling penting
Stroller wajib ada
Anak kecik nih tido tak tentu masa 

Ok,selamat merancang bercuti2 Malaysia

26 September, 2014

JJCM-TEH TARIK PLACE PUTRAJAYA-2nd tried

Semalam aku pegi makan malam kat Teh Tarik Place Putrajaya
Dah ada orang nak belanja kan

Order bihun singapore,mee kari & roti canai
Teh tarik,teh ais & sirap limau serta air suam

Last time masa pegi
Makanannya ok lagik
Takdelah langsi sgt macam semalam
Serious rasa..adoikhh!!

Restoran ni konsepnya macam Kopitiam
Style macam Old Town
Cuma kalo Old town lebih pada kopi ini diorang punya trademark adalah Teh Tarik-Malaysian style

Rega expectedlah
Teh tarik aje RM3.60
Roti Canai RM2.50
Mee Kari/Bihun RM7.50
Air suam RM 0.70


Yang aku ralat tuh
Mee kari serius macam ko tak tau nak masak tapi ko nak masak jugak



Tasteless
Takde rencah 
Kerang takde,ayam takde

Ada fishcake 4-5 hiris
Tauhu kering 2 bijik-itupun stok yang celur baru letak atas mangkuk-keras 
Kacang panjang stok potong2 campak dalam mangkuk
Dan jupe seekor udang sederhana yang dicelur celah2 mee
Ada telur rebus sebiji belah dua

Tawar ghebeh orang kata
Cair macam ko makan sup
Cuma kat sini dia letak santan

Aku tak kisah orang nak hentam ke apa
Cuma siapa yang pernah makan Mee Kari kat old town?
They can differentiate how was a taste its like

Lain sangat
They really put efforts to make it a food worth to try & orang puas hati wpun byr mahal
Rega lebih kurang
Tapi serius sedap Old Town punya

Aku rasa TTP must revamp atau buat sesuatu
Diorang bisnes mode-franchising
Same as Old Town
Tapi kualiti food mmg ke laut

Aku jenis suka makan
I dont mind being charge for pricey food as long as the food is worth to try!
Orang yang suka makan,dia akan tau appreciate makanan-they know how to value a food

To Teh Tarik Place
There is a space for improvement
Invest for better chef
And do invest for RnD

Makanan best,tempat cozy,layanan mesra

Confirm akan ada repeat customer!!












25 September, 2014

Kisah si handsome mama!

Adeeb makin membesar
Kaki tangan makin kuat
Motor skill-excellent
Dah memanjat tangga dgn sgt laju

Mulut macam bertih jagung
Wpun pandai cakap bahasa dia aje
Kalo sebut mama-jadi AMMA
Kalo sebut papa memang jadi PAPA 
Sebut kakak-jadi KAKA


Makan memang faveret dia
Bubur mmg makanan rugi
3x sehari
Biskut,roti wajib ada tetiap hari

Kalo tgk orang makan
Mulut dia yang menganga lebih
Terkumat-kamit mengecek makan

So far Adeeb sgt mudah menjaganya
Cukup makan,cukup time dia akan tido
Pesen tido nak kena dukung dulu
Dah tido barulah letak atas tilam
Bangun menyusu wajib 2x 

Tak sabar nak tggu Adeeb mula berjalan
Kesian jugak tgk merangkak
Habis kotor kaki lutut

Trust me
Jaga anak lelaki nih
Mama kena lebih super power
Dia punya energy tuh luar biasa

Rindu dah anak bujang ambe nih
Aduhai anak!!

23 September, 2014

Dinner @KL Convention Centre

Sabtu lepas
Join dinner kat KLCC
Tema international cultured

Aku malas nak pikir banyak
Dan malas nak peghabis duit semata-mata nak g dinner
Pakai baju kurung moden sutera crepe yang last sekali pakai 2 tahun lepas

Settle!!


Dengan rakan sekongkol
Aku mekap sesimple mungkin
Mekap beria kang orang ingat hantu raya
Mekap edisi 2 tahun sekali jgk

Dinner best
Makan sedap 
Entertainment menarik
Dan yang paling menarik
Emcee malam itu adalah Harith Iskandar

Sampai kebas mulut asik gelak aje
Serious lawak dia nih!!


Sempat jugak snap gambar sekeping wpun mutu gambar kurang cantik
Guna iphone tgh gelap 
Lampu kelip-kelip
Spotlight biru
Stress aku!!

Apapun Harith memang sgt friendly
Blh rasa betapa wpun dia penat emcee 4 jam straight
Dia still nak layan peminat yang beratur panjang

Ok,next year kalo panjang umur
Mari kita pegi lagik
Sekali sekala kena berjimba2 tanpa kanak2
Malam tuh aku balik rumah kul 1:30am
Sila pengsan!!!


17 September, 2014

Hadiah hari jadi yang ke 35 tahun

17-09-2014
Hari lahir yang ke 35 tahun

Makin tua
Makin menuju ke alam sana
Tak tau sampai bila Allah pinjamkan umur ini..

Doa aku byk2 semoga makin kuat & matang sebagai ibu & isteri
Moga Allah anugerahkan kesihatan tubuh badan
Dan dikurniakan kemurahan rezeki hendaknya

Dan sbg menghargai badan sendiri
First of it
Gi wat eye check up
Setelah bertahun lama tak check mata

Dan inilah yang aku dapat


Sila mengadap optometris
G wat cermin mata

Rasa makin tua
Mata pun dah tak setajam dulu
Allah tarik sikit2 nikmat usia muda

Allahuakhbar
Tapi sekurang2 masih bersyukur
Sebab Allah masih bagi nikmat melihat wajah2 kesayanganku

Dah tua2 nih
Hadiah dah tak penting sgt
Yang penting tanda ingatan dr family terdekat
Itu lebih penting
Hari nih adik beradik pakat lewat wish,dah bergenang airmata 
Punyalah emosi ok!

Apapun utk yang sudi wish kat fb,whatsapp
Terima kasih byk2
Semoga yang baik2 jugak utk kalian kembali
I/allah!!

Malam nih kalo umur panjang g makan2 sama anak2 aje rasanya
Cukuplah celebrate kecik2
Dah tua sgt nak potong kek bagai
Hahahahah!!







11 September, 2014

Kuarantin!

Adeeb discaj Isnin petang
Alhamdulillah
Insuran cepat kali nih
Tak smp 2 jam

Paed keluarkan arahan
Kuarantin smp Jumaat
No nursery/day care/babysitter

Tiada pilihan lain yang ada
Selain bercuti tanpa gaji sbb cuti mmg dah hbs 
Utk anak tercinta


Tapi puas hati
Meladeni anak bujang yang super manja nih
Mama pantau segala jenis ubat yg paed bekalkan

Masak macam2
Suap makan dr pg-mlm
Menyusukan dia
Main dengan dia
Golek2 dengan dia
Dan finally tido polok2

Tiada yang lebih bermakna
Daripada harta yang ini
Anak!

Ini amanah Allah
Bukan jaga bagi besar sahaja
Tapi nak tarbiah biar jadi pendakwah
Biar jadi orang baik2
Tolong orang susah
Jadi orang yang berbakti pada ibu ayah,keluarga,agama & masyarakat

Ingat,apapun terjadi
Keluarga itu tetap jadi keutamaan!







08 September, 2014

Day 4- CAH

Lemau!

Itulah yg aku rasa
Tak suker sgt2 dok wad lama2

Adeeb nampak bertambah baik
Demam dah kebah
Batuk dah lega
Nafas tak laju tercungap2 mcm jumaat lps
Hidung flu makin kering
Makan / minum dah mula ada selera
Aktif masya allah
Jenuh nak mengepung
Takut dia panjat cot hospital ni


Tgk,cot atas dada aje
Blh sgt kalo dia nk wat aksi berani mati tuh
Aku nak mandi pun heret dia masuk toilet sekali


Semalam dia mengamuk nak turun cot
Nak merangkak
Aku suh kakak2 dia bawak pusing naik stroller
Bukan main suker dia


Kakak2 jd bodyguard adik
Tukang sorak time adik amik neb
Kakak2 rindu kat adik
Tak hbs2 tanya bila adik nak discaj nih..


Mintak2 doktor discajkan kamu hari nih
Sayang Adeeb sgt2!!


07 September, 2014

Berangan -Laundry Area

Aku ada satu benda
Yang teringin nak buat
Bila ada rumah sendiri

Selalulah berangan
Bila tgk citer mat saleh
Features pasal laundry area
Alahai cantiknya
Kemas aje kan..

Kat rumah
Ada satu ruang kosong yang terbuka
Betul2 bersebelahan main hall
Sekarang ni mmg letak mesin basuh kat situ
Tapi nampak macam tak proper
So ingatnya kalo ada rezeki mmg nak revamp tempat tuh jadi laundry area

Jadi mari kita berangan
Tgk laundry area

Sources: pak google


Yang ini-sesuai utk ruang kecik,but still stunning ok.Mana nak carik washer merah menyala itu..giler cantik!!


Yang ini simple
Putih,kemas & idea open shelf tuh sgtlah sesuai kan..


Ok..yang ini mmg mengancam
Jaw drop!!

Sgt feminin kan
Colourful
Dan lighting tuh..hoiiii cantik weiiii!!


Yang nih pun sesuai utk ruang terhad
Simple minimalis kekdahnya
Tak byk aksesori
Tapi still cantik


Ini pun not bad
Rasanya yang ini kita boleh realisasikan
Dengan idea DIY guna produk IKEA
Berlambak aje brg2 kat IKEA tuh
Asal ada ongkosnya
Semua beres!!

Dan ini..
Mmg simple & sangatlah aku berkenan
Kemas jer kan..

Haissshh seronok tgk gambar cantik2
Silalah berangan
Berangan kan percuma!

Ada yang sawan macam aku?
Agak2 berapa bajet nak revamp nih ?


06 September, 2014

Day 2- CAH

Adeeb nampak ok sikit berbanding semalam
Mana taknya neb tiap 4 jam
Cuma demam masih tak settle lagi
Low grade fever

Makan bubur sikit2
Minum susu pun x berapa mahu
Mungkin sbb hidung clogged -selesema kan

Neb still nightmare utk dia
Menangis meraung macam kena rotan
Pagi2 tadi paed set line untuk antibiotik
Tapi sampai skrg paed tak perscribe apa2 lagi antibiotik

Result xray
PNEUMONIA
rasa macam kena tampar!

Betullah..wpun berhabis duit amik pneumococoal 
Still terkena jugak
Tapi bila baca artikel dalam webMD
untuk mereka yang amik vaksin
Still ada chances utk terkena cuma kebarangkalian pesakit untuk suffer teruk tuh adalah rendah
So vaksin still option terbaik setakat ini

Dan bila q & a dgn paed
Dia mmg tanya soalan asas
Sejarah asthma ahli keluarga
Dan yang soalan cepumas
Tido guna kipas @ aircond?

Kebetulan mmg aircond bilik rosak disebabkan compressornya
Dah 2-3 bln tak betul2
Mmg tido berkipas ajelah
Stand fan/ceiling fan sekali

The truth is killing me
Penggunaan kipas rupanya tak elok
Mengundang habuk
Dan disebabkan habuk inilah
Disedut oleh pesakit & menyebabkan pesakit bakal mengalami penyakit berulang terutamanya yg melibatkan paru2

So mahu @ tak
Kena usaha utk beli aircond baru sebiji
Kesian kat anak..


Apapun mama doa semoga Adeeb cepat2 sembuh
Dan boleh balik rumah kita

Lagipun mama pulak yang rasa tak sedap badan dok hospital lama2
Sejuk semacam wad kat sini

Sekarang tgh membosan
Sebab Adeeb tido
Papa & kakak2 tak sampai2 lagik
Kat CAH nih tak seronok
Berkampung dalam wad ajelah
Takde aktiviti menarik
Playground takde
Kafe ada satu itupun kecik sgt
Pendek kata mmg bosan tahap gaban!

Haaiiii lah anak
Cepatlah sihat yea..





05 September, 2014

Finally!!

Warded buat kali pertama
Demam x kebah2
Cranky 2-3mlm
Flu/batuk makin teruk
Dan tgk nafas tercungap2

Makanya ke hospital kita
Berbondong2 dengan knk2


Paed advice warded
Utk neb setiap 4 jam
Buat chest xray
Dan amik blood test

Neb yang paling haru
Macam kena pukul
Kesian tgk dia


Doakan Adeeb cepat sembuh
Tak seronoknya dok hospital
Sejuk macam ais!


03 September, 2014

Sardin!

Faveret dari dulu sampai sekarang
Kalo buntu akal tak tau nak masak apa
Atau langsung takde bahan mentah nak masak

Sardin memang pilihan utama
Selain telur & ikan bilis

Aku hanya pandai wat sambal sardin @ wat sandwich sardin
Sambal sardin makan sama nasi panas
Letak kicap sikit
Itu sudah cukup!


Anak2 tak pandai makan sambal sardin
Tak kisahlah
Yang penting mama suker

Ini antara makanan wajib tgh2 bln masa kecik2 dulu
Aku membesar dgn makanan ini
Pernah rasa susah dulu
Mak dulu sgt kreatif

Sambal sardin
Masak lemak ikan bilis
Ikan bilis goreng bawang
Sambal sardin
Sup telur
Kari telur
Masak lemak cili api telur

Antara menu yg mak masak
Sementara nak tunggu hari gaji
Kami adik beradik makan tak berbunyi
Dah biasa macam tuh
Kalo tetiba ada lauk daging/ayam
Itu yg buat rasa pelik
Lauk ayam/daging jarang2 sekali
Kecuali hari gaji

Anak2 aku tak pernah rasa susah
Alhamdulillah
Anak2 murah rezeki
Lauk ayam tetiap hari x pnh missed
Bila xde lauk ayam,mulalah bising tanya mana ayam?

Hidup tak pernah susah
Dah berkereta dari kecik
Tak pernah bersesak dalam bas
Tak pernah berpanas /berhujan
Boleh pilih2 pulak nak naik keta kecik @ keta besar 
Dah pandai demand nak makan mana..
Nak jalan mana..
Dari kecik dah terbang naik kapal terbang
Untungnya anak2 sekarang kan..

Kadang2 bila pikir2 balik
Kesusahan aku dulu yang membentuk aku hari ini
Aku bertekad nak keluar dari lubuk hidup cukup2 makan
Aku nak hidup senang 
Tak nak anak2 warisi kesakitan aku membesar dulu

Makanya bila dah ada anak
Aku berikan segala yang terbaik
Makan sedap2
Baju cantik2..berkasut elok
Berjalan serata tempat
Berkereta ke mana sahaja
Bercuti bila ada masa

Dan kembali
Aku rasa aku tak boleh beri 100% utk anak2
Aku tetap rasa 
Anak2 ada masa perlu dididik rasa susah
Rasa sedikit kurang
Sebab dengan rasa itulah akan membentuk dia akan datang

Sebab itu bila anak2 bising nak kereta besar macam keta mak long-mak long ada MPV
aku & papa dok sebut berulang kali
Nak kereta besar,nak rumah besar kena belajar pandai2-mama/papa mampu beli kereta yang ada skrg nih jer

Bukan senang mendidik anak
Memang kita sayang anak
Sapa tak sayang anak kan?

Anak itu saham akhirat mak-bapak
Hasilnya dituai bila kita mati kelak

Kannnnn!!