Pages

31 August, 2014

3-4-5

Aku pos gambar nih kat ig
Tak sangka dapat komen macam nih




Baru perasan
Nama Ain-3 huruf
Nama Auni-4 huruf
Nama Adeeb -5 huruf

Memang super coincidence

Nama Ain gara2 terpengaruh dengan kawan baik masa keja dulu-si A'a
Dia selalu sebut ttg nama anak saudaranya-comel,cheeky & nama pun senang nak sebut.
Maka mmg reserve nama Ain tuh awal2 in case kuarnya baby girl wpun masa 1st pregnancy doktor confirm mmg boy
Tapi kuasa Allah,lahir2 jer mmg perempuan
Maka kami suami isteri namakan Ain Darwisyah

Si Auni nama ini diberikan oleh bff -Linda
Aku mmg nak cari nama singkat yg senang disebut & ada maksud yang baik
Sebab dah confirm girl
Maka kita letak Auni Irdina

Yang si Adeeb
Inilah satu2nya nama si papa yang pilih
Katanya ada seorang kawan masa kat UM dulu
Student yang cerdik,penerima Anugerah Chancellor
Moga2 ada tempias katanya
Dan utk melengkapkan nama si Adeeb aku yg mmg berkenan nama Ridzqin-bermaksud murah rezeki

Aku percaya nama yang kita guna itu
Ada doa dalamnya
Maka kena beri nama yg baik pada anak2

Dan ada satu coincidence lagik
Nama mak aku Ainee
Dan mostly nama anak2 dara ada ikut nama mak
Motif-aku nk mak tau aku inspired dgn dia,jadi aku nak anak2 ada kekuatan luar biasa macam mak


Dari kiri Ain,Azlin,Auni,Ainee & Adeeb

Ya Allah
Panjangkan usia ibuku
Kurniakan kesihatan yg baik buatnya
Dan kurniakan aku peluang,ruang waktu & kemurahan rezeki utk berbakti pada mak
Amin ya rabbal alamin.










28 August, 2014

IKLAN-iPhone5 utk dijual

Menolong adik beradik kekdahnya

Ada sesiapa berminat-

Nak beli iphone5

Kaler warna hitam
16gb storage
Upgraded IOS 7.0
Full box -charger
Condition :9/10
Warranti: dah tamat Dec 2013

Rega:RM1300

Blh tggl komen kat bawah
Atau email

mamawicah@gmail.com



While stock last!

Prefer COD




27 August, 2014

Rindu si mama!

Baru tinggal anak 1/2 jam
Dah belek photo stream dlm iphone
Tgk video anak yang macam2 gaya
Buat bekal seharian di pejabat

Rindu!!
Rindu pada anak2 tuh
Tinggal seharian
Dgn doa & tawakal moga Allah jaga anak2 sementara mama cari rezeki


Betullah kata orang 
Kita tak tau macammana mak-ayah sayang kita
Sehinggalah kita jadi ibubapa

Kita takkan tau susah payah jadi mak-ayah
Sehinggalah kita membesarkan anak sendiri

Teringat zaman muda2
Selalu melawan cakap mak
Allahuakhbar
Berdosanya rasa

Tiada mak-ayah yang tak sayang anak
Marah mereka bersebab
Bising mereka tanda mereka sayang kita
Mak-ayah hanya nak yang terbaik utk anak2
Wpun diorang serba tak mampu

Bila dah jadi mama
Nak beli underwear baru pun pikir lain dulu
Aku tak tau orang lain
Tapi ini realiti pada aku
Takde lagi istilah reward yourself
Memanjang reward anak2
Mungkin sbg token kecil utk anak2 happy bila mama dpt gaji



Paling rindu pada si gomok nih ler
Tgh nak banyak akal


Dan kak Ain & kak Auni
Yang suka berebut benda
Semua benda nak rebut!

Alahai anak2
Bila besar sila baca blog mama
Bukan senang membesarkan kamu bertiga!



Rindu si mama!

Baru tinggal anak 1/2 jam
Dah belek photo stream dlm iphone
Tgk video anak yang macam2 gaya
Buat bekal seharian di pejabat

Rindu!!
Rindu pada anak2 tuh
Tinggal seharian
Dgn doa & tawakal moga Allah jaga anak2 sementara mama cari rezeki


Betullah kata orang 
Kita tak tau macammana mak-ayah sayang kita
Sehinggalah kita jadi ibubapa

Kita takkan tau susah payah jadi mak-ayah
Sehinggalah kita membesarkan anak sendiri

Teringat zaman muda2
Selalu melawan cakap mak
Allahuakhbar
Berdosanya rasa

Tiada mak-ayah yang tak sayang anak
Marah mereka bersebab
Bising mereka tanda mereka sayang kita
Mak-ayah hanya nak yang terbaik utk anak2
Wpun diorang serba tak mampu

Bila dah jadi mama
Nak beli underwear baru pun pikir lain dulu
Aku tak tau orang lain
Tapi ini realiti pada aku
Takde lagi istilah reward yourself
Memanjang reward anak2
Mungkin sbg token kecil utk anak2 happy bila mama dpt gaji



Paling rindu pada si gomok nih ler
Tgh nak banyak akal


Dan kak Ain & kak Auni
Yang suka berebut benda
Semua benda nak rebut!

Alahai anak2
Bila besar sila baca blog mama
Bukan senang membesarkan kamu bertiga!



26 August, 2014

Im typical mom!

Being a mom
Typical one 
Working mom pulak

Masa mmg jadi cabaran utama
Nak spend masa dgn anak-anak
Pegi keja awal pagi 
Balik dah malam hari
Selalunya azan maghrib baru smp umah

Aku sedaya upaya akan cuba spend masa dgn anak
Tanya aktiviti harian anak2
Makan apa kat sekolah
Ada homework tak?

Peluk,cium anak2 tuh
Just to make them know
Mama is tried level best to accomodate limited time utk bersama anak2 
Masa mmg terhad
Tapi mmg sedaya boleh nak beri masa yang berkualiti utk anak2
Sebab tuh aku quit keja department lama 
Kalo kat department lama,kdg2 weekend pun aku kena g opis

Sebab tuh bila cuti hujung minggu
Mmg akan usaha sebaik mungkin
Takde agenda lain
Selain golek2,jln sana-sini sama anak2
Layan anak nak makan apa
Layan anak nak berjalan mana
Tapi still kena ikut bajet mama/papa lah jugak

Dan yang paling penting
Cuti masa mengulit si gomok bawah nih!


Aku tak tau orang lain
Wpun penat aku still usaha masak jugak at least sekali sehari
Anak2 kena makan jugak masakan air tangan mama setelah dah seharian asik makan air tangan orang lain kan
Jadi kena usahakan jugak dinner mesti masak
Biarlah masak bodo2,tapi anak still puji sedap!!

Keperluan anak2 kena jadi priority
Kena jugak check pensil,pemadam bagai
Nak harapkan si Auni sharpen pensil pun fail lagik,makanya mama ler yang kena usaha tolong sharpen pensil,kaler
Layan kak Auni membaca
Tgk kak ain punya homework
Anak2 jenis kena dipantau
Jangan harap nak buat homework sendiri2-tak ke mana jawabnya

Ada yang tanya aku
Kenapa tak resign jaga anak2 sendiri?

Ibu mana yang takde keinginan macam tuh
Keja dok rumah
Jaga rumahtangga,anak2
Ada jugak rasa macam tuh
Tapi mungkin belum smp masanya
Allah ada aturan lebih baik utk kita semua
Keperluan kita tak semua sama

Tapi siapa tau
Masa terdekat nih
Kalo dah sampai seru
Kena resign dok umah

Ada 2 kondisi wajib resign
Pertama
Kalo mak jatuh sakit-aku mmg akan resign-mak makin hari makin tua,nampak makin uzur.Biarlah aku curi peluang utk berbakti pada mak

Kedua
Kalo en papa dah keluarkan arahan utk jadi suri rumah sepenuh masa
Mmg wajib nampaknya!

Setakat ini bekerjalah kuat2
Bantu mana yang patut
Usaha mana terdaya settlekan komitmen yang ada

Dalam hidup kita
We gain something
We loss something
Kita takkan dapat semua yang kita nak

Aku yakin rezeki kita Allah dah tentukan siap2

Kenapa aku merepek ptg2 nih
Sebab ada sedikit gusar dalam hati

Kadang2 biarlah ia jauh tersimpan dalam hati
Paling dalam!!

#rinduanakanak
#anakmak








22 August, 2014

Black Friday #mh17

Sbg pengguna tegar public transport
Boleh nampak rata2 public mengenakan pakaian berwarna hitam
Solidariti bagi mangsa mh17 yg dibawa pulang pagi nih

Tiada kata yg dapat digambarkan
Betapa sakitnya ujian ini
Terutamanya kepada immediate family members

Pergi mereka dihantar dgn lambaian,semoga perjalanan selamat pergi & balik
Siapa sangka begini pengakhirannya

Kedudukan rumah aku
Yg berdekatan dengan highway ke KLIA
Nampak jln mula sibuk pagi nih
Dah seminggu tgk raptai kereta jenazah lalu lalang
Tumpang sayu jer rasa hati!

Semoga dipermudahkan semua urusan hari ni
Dan semoga Allah ampunkan dosa mereka & letakkan roh mereka bersama org2 yg beriman.
Amin...


Welcome home #mh17



18 August, 2014

Auni 5th birthday & mama's tight budget!

Spt yang diura-urakan sebelum nih
Berakhirlah sudah majlis hari lahir Auni
Wpun lintang pukang mama memasak
Dengan ada baby kecik yang sedang membuas,sgtlah mencabar!
Sessi masak settle pukul 1pm semalam
Dan majlis bermula pukul 4.30pm

Trust me
Bukan mudah memasak dalam kuantiti yang banyak
Tanpa bantuan orang lain
From raw to complete meal

Start membeli-belah hari Jumaat lagik
Beli barang2 kering di pasaraya
Sabtu baru start membeli bahan2 basah kat pasar borong

Seriously aku mmg stick to the tight budget
Lebih2 lg tgh2 bln
Dan aku xmo guna fund dlm bank semata2 nak sambut besday anak
Sila teka berapa bajet yg ada
Nak jamu 100org makan?

Sila percaya bajet yg ada hanya RM400
Itulah beli bahan basah/bahan kering/kek & goodies utk kanak2

Dan percayalah 
Ianya cukup2!!

Keywordnya
Cari menu yang mudah & sedap
Tak perlu berlebih2
Minimumkan apa yang patut
Berbelanja di pasar borong yang harganya lebih murah dari tpt lain

Hasilnya....
Bajet terhad tuh akan cukup utk jamuan kecik

Ini yang berjaya aku masak smlm


Kuih lopes-guna pulut 1kg & kelapa 2 biji
-kos baru RM10
Agar2 sirap-guna 2 paket agar2 tali -kos RM5
Sosej goreng utk kanak2( ini plg cepat habis) 6pkt (sepeket ada 10 btg potong dua ) rega RM18 


Bihun singapore -4paket -kos RM 40


Sambal ikan bilis -700gram -kos RM30

Rendang Ayam 3 ekor-kos RM50

Complement utk nasi lemak-telur & timun -kos RM12 -telur guna 20 biji & timun 4 batang

Yang takde dalam gambar nasi lemak-guna beras 5kg & kelapa 4biji-kos RM20

Kacang goreng & ikan bilis goreng

Air sirap & teh tarik-kos RM20 termasuk ais


Buah wajib ada -tembikai -RM10.90


Dan yang nih paling mahal kot-kek tema frozen utk Auni -1.5kg coklat moist RM75

Apart of this -kos2 lain-paper cup,paper plate,tissue,garbage bag,goodies bag & cutlery item

Mujur khemah boleh pinjam aje
Dan most serving chafing pinjam dengan jiran depan rumah


Dan berbaloi2 rasa penat bila anak happy
Money cant buy happiness

Apapun kredit utk suami
Yang byk membantu
Tanpa bantuan dia
Rasanya x jadi majlis nih

Terima kasih sbb ramai yg sudi dtg
Dan sudi pulak bawak hadiah utk si Auni
Penuh dah patung frozen kat rumah
Syukur alhamdulillah!

Utk Auni
Selamat Hari Lahir anak
Jadi anak yang baik
Dan belajar rajin2
Semoga berjaya dunia & akhirat

*perlu ditaip secara detail utk rujukan akan datang.





15 August, 2014

Melted!

Seriously!!!
Mama has fallen in loves thousand time with you,Adeeb!

Aloloh comel sgt dah pandai senyum
Biarlah puji anak sendiri
Sapa lagi nak puji kalo tak maknya kan....



Benarlah anak itu anugerah Allah
Lahirnya anak itu bawa kantung rezeki
Subhanallah

Syukur alhamdulillah
Dengan kurniaan Allah
Semoga amanah Allah ini dapat dididik dengan kasih syg & ditarbiah dengan iman.




14 August, 2014

Plan mengejut!

Dari minggu lepas 
Aku bgtau Auni
Tahun nih Auni sambut birthday kat tadika ajelah
Mama macam x sanggup nak buat makan2 tgh2 musim raya nih

Tapi mati2 dia xmo
Macam2 alasannya
Tak seronoklah
Malulah..

Jadi bincang sama en papa
Campur-tolak-darab-bahagi
Marilah kita wat kira2
Demi menggembirakan anak kekdahnya

So finalised
Nak buat makan2 sikit utk Auni ahad nih
Konon2 versi high tea
Takmo panggil ramai2
Bajet terhad 

Menu baru finalised semalam
Bajet pun baru confirm
Kek baru order semalam dengan baker depan rumah
Sekarang cabaran utk diri sendiri
Boleh ke nak accomodate menu dengan bajet terhad
Yakin boleh!!


Apapun wish me luck
Semoga berjaya mengadakan majlis kecil utk anak tercinta
Maaflah tak dapat nak jemput ramai2
Memang majlis yang kecik
Ajak jiran tetangga
Dan adik beradik aje

Tggu kalo ada rezeki lebih baru panggil kawan2 lain
I/allah!!











11 August, 2014

9 bulan

Allahuakhbar
Cepat sungguh kan masa berlalu
Kita makin tua
Anak makin besar

Adeeb cukup 9 bulan hari ini
Alhamdulillah sihat
Cuma baru2 nih dijangkiti selesema
Nak buat m/mana
Adeeb dok taska
Selesema nih mmg commonlah

Setakat ini Adeeb sgt mudah dijaga
Wpun sedang melasak nauzubillah
Secara ceruk explore
Tangga,dapor,toilet,memanjat grill rumah
Mmg kena pantau setiap masa

Jarang sgt meragam 
Melainkan kalo dia demam
Even dapat kredit dr cikgu taska
Sgt behave!

Makan mmg faveret dia
Apa aje suap kat mulut
Elok jer makannya
Tak nampak develop any allergy setakat ini
Alhamdulillah

Adeeb dah boleh duduk tanpa dibantu
Berdiri tapi kena berpaut
Baru nak meniti sikit2
Stranger friendly sgt
Sapa pun dukung tak nangis
Beza sggh dengan kakak2 dia
Kak Ain dulu lagi haru
Hanya nak dengan mama-papa shj
Kalo orang lain harus menangis melolong macam kena pukul



Manja yaa amat
Tido kena popok2 macam nih
Kalo tak merengek
Dah lena baru leh letak kat tilam

Puting tuh memang jadi sleep starter
Dah tido kang mmg cabut sendiri
Bantal busuk tuh memang teman setia
Seminggu sekali mama kidnap masuk mesin,cuci!!

Alahai cepat sgt anak besar
Kang mama rindu nak kelek baby lagik
Nak mengandung umur dah banyak nih

W/pun penat ada anak kecik
Tapi percayalah
Ia sangat berbaloi2




06 August, 2014

MC Donalds & aku

Aku terpanggil nak buat entry ini
Sebab sedang hangat sangat kempen boikot makan McD dan seumpamanya
Malah McD jadi keyword panas sejak akhir2 ini

Aku membesar di KL
zaman remaja mmg pantang outing aje
Akan cari McD sbg tpt makan
Masa tuh value meal baru RM4.99
Dan aku peminat tegar MC Chicken
 & Double Cheese Burger
Tak lupa jugak Choc Sundae makan sama french fries
Heaven sungguh masa tuh!

Back 1995-1996
Zaman budak2 rajin melepak kat McD
Lebih2 lagi Jln Silang & depan CM
Lagi2 hari Jumaat,mmg ramai student kat situ
McD jadi medan bersosial rasanya dulu
Zaman dulu mana ada fb yea..

Even pekerjaan pertama yang aku buat pas SPM
Adalah jadi cashier kat Mc D Jln Bukit Bintang
Dekat T JUNCTION Lot 10 corner tuh
Punyalah teruk keja
Kalah hamba abdi
Tapi still seronok
Sbb makan free,kawan ramai
Masa tuh gaji bukan banyak mana pun
Tp still hadap jugak g keja

Aku tau masing2 sedang berkobar2 dgn isu boikot
Jadi macam dosa besar sgt kalo makan McD skrg nih


Cuma biarlah boikot cara berhemah
Jgnlah sampai huru-harakan premis mcD
Macam yang terjadi di premis Dungun baru2 nih
Itu kebodohan melampau namanya

McD still bagi impact dalam dunia remaja aku
Wpun baru memulakan kempen boikot kerana terkesan dgn kemusnahan Gaza
Tapi jauh di sudut hati
Ada rasa simpati pada para pekerja mcD yang betul2 bekerja utk cari rezeki halal
Semoga Allah permudahkan serba serbi


Boikot ttp boikot
Biar cara berhemah & bertatasusila
Dan mentarbiah anak2
Adalah cabaran paling getir setakat ini
Terutamanya Auni
Dia paling suker makan McD
Terutamanya breakfast set
Tp still,kena usaha & offer alternatif

Moga2 berjaya & istiqomah hdknya!



04 August, 2014

Aidilfitri 2014

Bagi aku beraya mana2 pun tak kisah
Asalkan ada family
Terutamanya immediate family

Raya bukan medan untuk pertandingan
Baju siapa lagi banyak
Baju siapa lagi class
Atau untuk bermegah kereta siapa lebih gah

Sebab itu dari dulu sampai sekarang
Duit banyak mana pun
Sikit macam mana pun
Persiapan raya memang sama dari dulu
Tak lebih tak kurang
Anak2 dah dididik pakai aje apa yang mama beli
Cuma budak2 nih di beri peluang pilih kasut raya masing2

Seperti yang sedia maklum
Raya tahun nih turn beraya di Terengganu
Masih dengan sistem giliran
W/pun arwah mak & bapa mertua dah lama tak ade
Suami masih ada adik beradik lain di kg

Kami bertolak dari KL
Ahad sebelum raya tuh
Alhamdulillah,tak sangkut dalam kesesakan jalan raya sebagaimana mereka yang bertolak hari Sabtu
Dengar cerita KL-Kerteh pun 14jam berbanding hari biasa dalam lingkungan 6 jam sahaja

Sampai kg masing2 sibuk dengan persiapan raya
Aku diberi tugas memasak rendang ayam & daging
Dalam masa yang sama kalut memasak untuk berbuka hari terakhir Ramadhan
Alahai flat betul 
Penat sungguh hari tuh
Apapun selamat jugak menghabiskan puasa terakhir wpun nyawa2 ikan

Pagi raya kak ipar masak nasi dagang Terengganu
Ketupat manis & lemak
Makan dengan rendang masakan air tangan sendiri
Ada tapai pulut signature arwah MIL


Mak aikhhh makan tak hingat dunia
Kejap2 mengunyah
Baru makan kat rumah sendiri
Belum campur g beraya rumah orang lagi tuh

Apapun seronok beraya
Lagi2 ada anak bujang gomok nih



Mama excited lebih ada anak bujang
Beli baju melayu
Siap sampin bagai
Songkok aje tak jupe beli

Kak Ain & Auni jangan cakaplah
Bukan main seronok beraya
Ikut sepupu berjalan raya

Teringat masa kecik2 dulu
Raya itu mmg utk kanak2

Kan....

Tak sabar nak baca cerita kawan2 beraya pulak
Cepat update blog !!