Pages

30 May, 2014

Im need a break!!

Aku bakal bercuti panjang minggu depan
Cadangnya nak bawak anak2 berjalan2
Tapi minggu nih
Diduga dengan ujian kesakitan

Aku melayan si adeeb yang demam
Dan semalam kak Auni pulak mula demam
Anak2 demam memang merengek nauzubillah
Memang kena banyak sabar

Mujurlah papanya bercuti
Boleh tolong tgk anak2
Itupun dah 2 hr aku bercuti jugak
Kebetulan aku pun migraine tak pasal2
Tido pun tak berapa nyenyak sejak anak2 sakit nih

Apapun tak sabar nak bercuti panjang 
Rasa nak rehat puas2
Golek2 sama kanak2
Makan/minum/masak2 apa yang teringat
Apa yang teringin

Seriously,
Im need a break!!


Utk anak2
Cepatlah sembuh
Kita nak balik kampung
Dah penat dok tgh bandar nih
Beralih angin sekali-sekala adalah perlu

Hajat dihati nak bawak budak2 ke Bukit Gambang
Sedang usha2 websitenya
Semoga dipermudahkan serba-serbi!!


21 May, 2014

Kerana RM10 :)

Pagi2 tadi
Bagitau kat papa
Takde cash kat tangan nih
Tak draw lagik
Papa pun bagi RM10
Dia pun x draw duit jugak

Takperlah janji lepas duit makan hari nih
Alhamdulillah
Seronok rasanya dapat duit dari suami sekali sekala

Aku sejak bekerja
Jarang mintak duit suami
Selagi boleh guna duit sendiri
Dah semua serba- serbi suami yang sediakan
Aku punya gaji usually utk beli lauk
Dan keperluan anak2
Serta bayar keta utama di rumah
Rumah & bil2 mmg papa yang bayar

Ok,berbalik pada cerita RM10 tuh
Masa sampai KL Sentral
Papa whatsapp satu gambar

Aku letaklah print screen whatsapp tadi


Dapat duit terpijak
Duit hasil ceramahnya
Takdelah banyak mana RM200

Tapi still....
Sapa nak bagi banyak tuh kan suka2?

Jadi moral of the story
Jangan takut berbelanja untuk isteri
Allah murahkan rezeki 
Dari jalan yang tidak disangka2

Alhamdulillah!!


19 May, 2014

Kongsi bilik

Aku masih tak berjaya nak pisahkan kak ain,auni tido bersama di bilik utama
Masing2 memang attached sgt dengan aku
Kak ain wpun dah 8 tahun masih anak manja aku

Even dah siapkan bilik
Still mengada2 tido dalam bilik aku

Dan baru2 nih
Papa dia kesiankan budak2 nih tido atas tilam kat lantai
Papanya masukkan katil single dalam bilik
Maknanya ada 1 katil queen & 1katil single serta extra mattress single lagi satu
Dah macam sewa bilik hotel

Memang nampak carca marba bilik utama kami
Anak2 masih nak tido sama mama-papa
Sama baby



Kena pelan2 pujuk nih
Tak boleh dibiarkan jugak
Tapi 1/2 hati aku kata
Biarlah..anak2 nak bermanja2
Satu masa dia dah besar aku pulak yang rindu nak tido bersempit2 gitu
Anak2 pun dah besar mesti malu nak tumpang bilik mama-papa lagik
Mesti nak bilik masing2
Privasi kekdahnya!!

Aduhailah anak!!

Macam2 ragam
Macam2 peel
Macam2 akal




Dia buah hati saya!

Cepat sangat masa berlalu
Ada anak kecik
Merupakan salah satu cara menunjukkan betapa masa itu bergerak umpama kerlipan mata

Dari sekecik2 manusia


Dah pandai bukak mata


Dah pandai mengiring masa nih


Dah pandai senyum mengagah


Dah segomok ini
Pandai buat ketap2 bibir

Sangat alert
Dah kenal orang
Dah banyak bunyi

Dah pandai mengamuk
Bila mama xmo dukung dia 


Aduhai
Sayang 1/2 mati!!

Semoga membesar dgn sihat
Mama tak sabar tgk kamu merangkak
Duduk,berdiri
Dan yang paling penting mama adalah sentap sebab first wordnya ialah BABA

Chooyyyy!!!

17 May, 2014

Sukan-Tabika Perpaduan rakyat Marhaen

Pg nih
Sempat menemankan Auni ke hari sukan
Tabika Perpaduan daerah Sepang
Diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi

Disebabkan cikgu kurang kakitangan
Makanya 2 ibubapa dipilih sbg urusetia
Ntah m/mana aku pulak yg terpilih
Redha ajelah
Kesian jugak cikgu nak jaga 20 bdk2
Bukan senang weiiii!!

Serious..
Rasa nak putus urat semua ada
Jenuh nak mengepung bdk2
Dah ler ramai bdk2 kat situ
Pakai baju sepesen kaler
Memang kena super menghafal muka bdk2

Belum lg bab bdk lapar
Bab nak g kencing
Ulang alik kami bertiga sama cikgu melayan kerenah kanak2

Elok pulak habis perbarisan 
Hujannnnn!!
Berlari masuk khemah ramai2
Budak2 mengaruk panas & melekit2 bdn
Kesian sgt2!!

Dah reda hujan
Ada pulak tgk lebah terbang beramai2
Kecoh lagik
Pindah pulak khemah tgh2 padang
Memang horror!!

Ituler sukan versi marhaen
Memang unexpected

Tapi rasanya
Kena buat usul utk sukan tahun2 berikut dibuat di tempat stadium tertutup
Mak-bapak kena byr sikit pun takperlah
Asalkan selesa sikit

Balik aje rumah
Aku terus pengsan
Penat sgt2!!!


Bersila bawah khemah
Cikgu bawak tikar siap2


Mula beratur utk perbarisan


My amazing Auni Irdina

As mom aku akan usahakan luangkan masa utk aktiviti anak2
Dah rasa betapa sedihnya dulu masa kecik2
Bila mak-abah takde masa
Nak tgk aku bersukan
Jadi aku tak nak anak2 lalui perkara yang sama

Sayang sgt anak2
Allah sahaja yang tau!!




16 May, 2014

Selamat Hari Guru

Masa sekolah
Ini antara hari yang ditunggu2
Seronok sgt2
Masa nih cikgu2 akan jadi super sporting
Jamuan makan merata2

Masa nih ler sibuk memilih hadiah utk cikgu
Yang paling popular tentulah bunga ros,mug & kad atau coklat,pen
Dah itu aje bawah kemampuan budak sekolah kan

Aku ada seorang guru paling aku sayang 
Masa aku form 3-SEMERA
PN ZULIDIA HASSAN
Giler baik,sporting
Ada2 masa dia ajak tido rumah dia temankan dia kalo hubbu dia o/s
Gi makan lepas sekolah dgn dia
Masa tuh paling best sekali tempat makan
Kat The Mall @ Sogo
Seronok yaa amat!!
Gi shopping pun dengan dia


Even sampai sekarang aku selalu in touch dengan dia
Sekarang beliau dah bersara jadi cikgu
Join bussiness & buat MLM jugak


Bertemu dengan pn zuli
Yang mengajar dengan penuh dedikasi
Dan menerapkan pendekatan berbeza
Sangat membekas dalam hidup aku

Semoga Allah lindungi & rahmati cikgu dunia & akhirat

Dan untuk semua yang bergelar guru
Anda semua memang gifted!
Semoga diberi kesabaran & kekuatan setinggi gunung untuk mendidik anak bangsa dizaman maha mencabar sekarang nih.

Salute pada semua cikgu!!

Anda-anda memang terbaik!!






14 May, 2014

JJCM-Restoran PLA PLA SEAFOOD EQUINE,Seri Kembangan

Semalam petang
Sajer bawak kanak2
Pusing AEON Equine
Bagi budak2 main kat amusement
Kesian asyik terperuk kat rumah
Dah puas main
Budak2 biasalah
Diorang lapar mintak makan

Sebabkan bosan makan kat AEON
Marilah kita cari makan kat luar

Kebetulan terbaca review blogger FILLA
Tentang kedai makan nih
Lokasinya adalah shop lot belakang Maybank
Senang sangat nak carik ikutkan
Tapi sebabkan area situ macam tersorok
Kalo orang tak biasa mmg takkan masuk area situ punya

Maaf tak amik gambar restoran keliling
Sebab dok sibuk dgn budak2 nih

Order tomyam campur,kangkung goreng belacan,ayam goreng kunyit,kerabu ikan bilis & telur dadar.Air 3 jenis-teh tarik,teh o ais limau & laici faveret si Auni

Review aku:-

Rasa: SEDAP!!
Portion:ACCEPTABLE 
Tempat :COZY & ada surau disediakan
Harga:Macam normal kedai thai lain-biasa2 aje

Dan yang paling aku suker
Kids friendly!

Ada tempat kanak2 bermain



Adeeb pun belajar main buai kat situ!

Bagi aku restoran nih sedap
Cuma perlu promosi utk terus bertahan
Mungkin lokasi yang tersorok
Menyukarkan public untuk carik

Apapun bagi yang berdekatan
Boleh gi mencuba
Sekali-sekala tukar selera kan..




12 May, 2014

Skypark,One City USJ 23

Sempena hari ibu
Mama adalah mogok masak
Pagi2 bangun subuh
Pastuh bantai tido smp kul 10am
Bgn2 panaskan nasi minyak,kuah dalca,rendang daging & ayam berempah yg diberi jiran mlm semalam
Itulah sarapannya

Tengahari papa tanya
Nak g makan mana
Jadi suggest g One City
Tempat baru
Konon2 nak cari Absolute Thai tapi haram x jupe :(
Ke aku yang tak pandai cari

OneCity nih dalam 15minit driving dari rumah
Letaknya di USJ23
Cantik,easy access
Dan yang paling penting parking free!!

Tarikan utamanya tentulah SKYPARKnya
Letaknya di tingkat 10
Dimana ada taman terbuka
Ada tempat dimana lantai dibina dari kaca tembus pandang ke bawah
Ini mmg sgt horror
Aku sgtlah takut nak pijak
Tp bdk2 bukan heran
Siap boleh lari2 atas tuh

Tgk nih
Si Auni-langsung takde gerun

Siap sujud nak tgk ke bawah
Aku dah mengelupur time nih


Kat atas nih berebut orang nak bergambar
Memang open air concept


Berdiri atas kaca tembus pandang itu
Memang tak tau gerun bdk2 nih


Dan ini gambar di GF
ada pulak bola2 mcm bola gym nih 
Berebut2 nak duduk

Pengamatan aku
Tak banyak kedai
Takde Aeon,Parkson,Tesco dlm nih
Yang banyak kedai makan
Kedai lain yang jual barang2 mcm baju,kasut-x byk sgt

Aku rasa kalo nak makan mmg sesuailah
Kalo nak shopping bagai
Aku rasa baik Alamanda lagik
Sbb byk pilihan

Utk org beranak ramai mcm aku
Sini mmg sesuai sbb tak ramai sgt orang 
Nak jln senang
Amusement park ,kedai jual mainan pun aku tak nampak
Jadi super jimat utk aku
Hahahaha!!

Fast food yillek!
Aku x nampak @ mmg takde
Byk fusion food
Concept open dine in & jugak fine dine in
Ada nampak kedai thai kat tgkt 10 tuh
Next time blh cuba jgk

Apapon yang berdekatan
Blhler g jengah2 cuci mata
Tak pun try makan kat situ
Mana tau ada yg kena dgn selera


Opss lupa nak letak gambar big boss nih
Masa nih makan kat Level 1A
Kedai makan nama MyRecipe

Ok,itu sahaja nak share
Kot ada yang berminat nak g jln situ!!

09 May, 2014

JJCM-Pasta Express Putra Perdana

Semalam baru berkesempatan g makan kat sini
Ikutkan dekat sangat dengan rumah
Memang selalulah lalu lalang kat situ
Cuma tak pernah terfikir nak masuk

Restoran ini pernah masuk JJCM TV3
Serve western food
Mostly pasta
Steak bagai
Soup

Disebabkan kakak aku yang booked
Makanya saya menurut perintahlah

Aku bukan peminat western
Makanya aku tak tau nak rasa 
Atau nak recommend samada sedap @ tak
Makanya komen aku akan jadi bias pulak

Utk peminat western
Mungkin boleh cuba
Rega oklah
Pricewise
Portion-acceptable
Restoran pun cozy jugak wpun takde a/c bagai



Starter:chicken soup
Ada garlic bread tapi liatlah pulak rotinya



Spaghetti Bolognese
Utk kanak2-ianya PERCUMA


Grilled chicken chop
Rega RM14.90
Yang nih sedap jugak



Cheese & mushroom chicken chop
Ini tak berapa sedap 
Tepung yang dilumur pada ayam tuh lebih kurang macam makan kfc gitu
Tak kena dengan tekak aku
Tapi mungkin kena dengan tekak korang kan..
Rega RM19.90



Black pepper stick
Sedaplah kot
Sebab tgk adik makan tak pandang keliling dah
Rega RM19.90

Overall aku boleh katakan 
Oklah utk yang nak makan western pada kos efektif
Nak masuk Chilis & TGIF mahu nak kena standby RM100 at least kan
Ini utk rakyat marhaen macam aku
Tempat2 gini sesuailah
Asal merasa





08 May, 2014

Happy Birthday -Mak 65th & Ain 8th

Aku sangat mengantok
Tapi aku rasa macam perlu mencoretkan sesuatu sebelum aku tido
Mana tahu esok tak sempat 
Ajal maut ditanganNYA

Malam nih
Berkesempatan meraikan hari lahir dua insan terpenting dalam hidup aku
Mak & anak sulungku yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 8 Mei

Dua insan yang membentuk siapa aku
Mak insan terpenting yang mengadun aku seadanya sehingga hari ini
Dan anakku yang menobatkan diri aku seorang Mama kini

Doa aku utk mak moga2
Diberi kesihatan yang baik
Dimurahkan rezeki
Dipanjangkan umur yang berkat
Dipermudahkan segala urusan
Lillahhitaala
Aku sayang mereka berdua

Utk Ain
Mama doa semoga kamu jadi kakak yang baik ,contoh tauladan utk adik2
Diterangkan hati utk belajar
Berjaya dunia & akhirat
Mama janji akan usaha beri yang terbaik buat kamu 3 beradik




06 May, 2014

KLIA TRANSIT-stuck!!!

1st time aku terkena dgn ERL
balik keja kelam kabut nak kejar tren
Alih2 sangkut dekat sejam kat KL SENTRAL
Gara2 ERL stuck
Katanya masalah berpunca dari kekurangan tenaga /kapasiti elektrik

Maka dipaksa kitorang
Naik KLIA EXPRESS
Berlari ke landasan sebelah pulak
Tunggu 20 minit
Baru dapat naik,berdiri as usual
Ramainya umat!

Dapat naik
ERL bergerak sangat perlahan
Sampai kat BTS boleh pulak stop lama
Allahhuakhbar..sabarlah hati
Maghrib dlm ERL aje 
Terlepas waktu!

Bila dah mula bergerak
Stok bergerak asal bergerak katanya
Kalau ada pertandingan dengan kura2
Memang kalahlah ERL
Memang mendidih rasa hati nak marah
Berbakul2 sumpah seranah aku
Walau dalam hati

Dah nak sampai Putrajaya
Boleh pulak berhenti tgh2 landasan dekat 10 minit between Serdang-Putrajaya
Sakiiiiiitttttt!!!

Seriously
Memang rasa nak marah sgt2
Sebab melangut 40minit kat KL SENTRAL tanpa pemberitahuan awal
Sumer orang tertanya2 sesama sendiri

Memang unexpected event
Tapi tanpa preparation 
Atau proper ad-hoc plan dari pihak operasi & pengurusan utk menangani kes2 luar jangka
Memang tak menunjukkan dasar professional langsung

Kaut untung juta2
Servis hampeh!!



Berduyun2 orang beratur tunggu pengumuman
Tapi haram takde
Lepas 40-45minit melangut barulah ada staff yang bagitau
Itupun sadiss
Tak dengar org yang belakang2 nih
Agaknya takde microfon @ alat pembesar suara yang disediakan

Sadis tau tak???


Utk pihak pengurusan
Sila take notes
Servis harus sejajar dengan rega tiket tak munasabah punya rega tuh
Naik rega mahu..
Servis..

Bila mahu naik?









05 May, 2014

Obses!

Setiap orang
Ada obsesi masing2
Cuma nampak dgn tidak sahaja

Obsesi boleh jadi dari sudut pandangan yg positif @ sebaliknya
Aku lebih merasakan obsesi itu harus diberi @ diletakkan pada tempat & dasar yang betul
Yang tak menyusahkan sapa2

Jangan sebab obses pada sesuatu
Kita main pukul rata tanpa tahu hujung pangkal
Orang yang tak bersalah dituduh tanpa usul periksa

Sukalah apa sahaja
Hormati perbezaan
Dan cari titik persamaan walau sedikit


So far
Obsesi aku hanya pada anak2ku
Setiap inci hidupku ini
Utk anak2 & suami tercinta

Aku mencari titik kesempurnaan
Membentuk keluarga yang bahagia
Mengimpikan anak2 yang terdidik dgn ilmu agama & bekal hidup di dunia kelak
Obses mencari formula anak2 berkasih sayang sesama sendiri
Obses mencipta ruang yang terhad diisi dengan masa yang berkualiti

Aku takde impian lain selain itu
Tak pernah mimpi nak pakai handbeg beribu2 reganya
Tak pernah berangan nak bergaya sakan macam orang lain
Bertudung sehelai beratus reganya
Tudung aku bawal sahaja
Paling mahal rega RM15 Aidijuma
Hiduplah seadanya aku
Orang yang masih tak reti pakai kasut tumit tinggi smp hari ini
Yang tak tau isu kelas & darjat
Tak faham sampaikan beg baby pun perlu jenama bagai

Aku takut 
Kalo sampai ke tahap itu 
Aku jatuh riak & ujub
Takut suatu waktu & ketika
Bila sampai ajalku
Allah tanyakan
Kemana duit ringgit yang aku ada dibelanjakan?

Duit ringgit kita
Letaknya hak orang lain terhadapnya
Duit yang sebenar2 duit kita
Adalah duit yang kita infakkan utk jalan Allah-jalan kebaikan-jalan kebajikan
Wallahuallam bswb

Biar kita miskin harta
Asal tak miskin budi bahasa








02 May, 2014

Cuti!!

Purposely amik cuti hari nih
Pengasuh kak ain & auni balik kg
Makanya bercutilah mama

Kebetulan pulak si baby Adeeb demam
Demam berkalih bulan agaknya

Tapi bila dok rumah
Macam2 akal ada
Nak makan itu
Nak makan ini

Jadi mahu @ tak
Kena masuk dapor memasakma

Pagi tadi
Goreng nasik buat breakfast
Tengahari rajin sangat masak daging dendeng
Petang buat bubur kacang pulak

Hoiiii...
Makin gomoklah mama!

Agaknya sebab itulah
Belum smp masa dok rumah
Kena kerja jugak
Kalo tak for sure
Mama obesity cepat
Makan-tgk tv-tido
Sgtlah tak produktif hari nih!!


Mari kita fikir
Nak masak apa pulak mlm nih?


Makan sokmo!!!