Pages

26 February, 2014

Blogging vs masa!

Rasanya dah setahun lebih
Aku blogging guna iphone
Dah lama tak pegang lappy
Apatah lagi nak blog guna desktop
Maka abaikanlah kalo tgk gambar besar tak resize bagai

Aku suka blogging
Mostly blog pasal normal life as working mom
Pasal anak2
Pasal kerja
Dan kadang2 merempan dalam tuh

Mmg kesuntukan masa
Aku mmg tak sempat nak BW macam 3-4 tahun lepas
Kadang2 rasa bersalah
Pada blogger yg tggl komen
Tp tuannya tak sempat nak reply
Sgt tak mesra rakyat

Aku baca semua komen
Terima kasih byk2
Ada jugak yang hantar email personally
Terutamanya utk hit paling tinggi blog ini
Proses pembelian rumah second hand
Sungguh aku tak sangka 
Entry perkongsian yang berdasarkan pengalaman peribadi
Jadi bahan rujukan beribu orang
Subhanallah!!
Semoga memberi manfaat pada org lain



Aku blogging kerana minat pada penulisan
Wpun aku banyak tulis merapu
Tapi bagi aku blog ini
Umpama diari harian aku & anak2
Dan anak yang paling memberi impak besar pada penulisanku 
Tak lain tak bukan Auni Irdina



Meladeni kesakitan Auni
Menyusuri perjalanan membesarkan Auni
Auni dgn 1001 kesakitannya
Sungguh menjadikan blog ini
Sebagai tempat rujukan
Dan catatan peribadi

Aku tak tau berapa lama
Akan setia mencoret disini

Cuma aku harap
Jgn serik singgah ke sini
Maaf pada segala kekurangan
Kita kawan ok!!

Aku cuma berharap
Ada banyak masa
Utk kongsi maklumat yang memberi manfaat
I/allah,semoga ada kesempatan waktu!

Dan terima kasih jugak Nuffnang
Yang jadi pemangkin semangat jugak utk berblog
Jadiler buat duit belanja kak ain pg sekolah

Alhamdulillah!!

25 February, 2014

Copycat

Tak sangka
Terkena jugak aku
Baru2 nih hadap mudah.my
Konon2 nak cari quote/company nak buat kabinet lagik
Terjumpa satu advertisement
Kabinet murah

Yg aku perasan
Ada gambar kabinet dapor rumah aku
Yg dimuatnaik sbg testimonial company cikai tuh ler
Serious aku rasa
Mcm tak patut sgt biz tp menipu kan

Aku email terus owner
Dan ini jawapannya


Maaf aku taknak cover pun nama dia
Biar jadi pengajaran
Jgn menipu!!
Biz biar cara betul 
Baru berkat rezekinya!!


Quick update 3bulan!

6.5kg
Menyusu sekali harung 5oz
Dah pandai gelak
Mengekek2!
Dah mula mengiring2
Still menyusu tgh2 mlm
Masih tido atas mama smp pg

Mlm2 tepat 9pm akn tido
Tak pnh lagi tercepat @ terlambat
Suka berdukung
Manja yaa rabbi!!

Alhamdulillah
Setakat ini sihat
Semoga membesar dgn sihat & kuat



Dan paling suker mandi
Takde masalah mandi air sejuk
To usually ptg2 baru mandi air sejuk
Pg still air suam lagik

Apapon seronok sgt ada baby
Wpun penat satu macam
Tapi penat tuh diganti dgn rasa seronok tgk baby membesar!

Subhanallah!!

19 February, 2014

Sawan Baking!

Aku sekarang giler
Atau obses
Atau terkenan
Atau suker

Baking!!

Aku mmg tak pandai baking
Takde pendedahan pun pasal baking
Langsung takde
Zero point kata orang
Takde asas langsung
Mak aku jenis tak reti bakar2 kek
Kuih raya jauh sekali
Makanya,memang jelas sekali aku mmg tak tau apa2 ttg baking

Tapi tak tau kenapa
Sejak Adeeb lahir
Keobsessan pada baking2 nih 
Makin menjadi2

Aku google resepi mudah2
Kata orang panas enjin
Seriously,aku takde oven canggih pon
Dulu aku beli oven murah jer kot
Tak sampai RM80 kat Tesco
Motip-nak wat puding roti jer kot
Sbb suami suker makan benda alah tuh

Loyang pun ada 2-3 jer kot
Itupun dulu beli sebab suka buat puding
Mixer langsung takde
Baking tools lagiler takde

So aku start baking dengan resepi yang mudah
Tak perlu mixer
Dan tak perlu bahan yang banyak

So misi tahun ini
Belajar baking sampai boleh buat kek birthday anak2 sudahlah
Tak payah beli2 dah
Mahal tuh kek sekarang
1/2 kg chocolate moist pun sampai RM45!!

Weekend lepas aku gigih buat 
Orange blended cake
Paling senang
Guna blender ajer!!



Walaupun macam overbake sebelah bawah
Tuh yang nampak hitam sikit
But still rasa boleh makan jugak
Kena cuba & cuba lagik

Sekarang rasa macam nak kena attend kelas baking jugak
Bukan nak meniaga pun
Just nak puaskan hati diri sendiri
Dan baking utk ahli keluarga sahaja


Jadiler kan!!

Wish me luck

Sedang kumpul duit

Nak beli mixer
Loyang2
Baking tools
Mould

Katanya perlu
Utk sumber inspirasi!!

Kannnnnnn!!!!





18 February, 2014

Bantal busuk


Dulu aku dok pikir
Macammana kak ain & auni boleh attached dgn bantal busuk nih
Kak ain smp umur 7 tahun
Sampai lunyai & setelah aku bising2-beserta ugutan itu & ini
Barulah dia nak buang bantal busuknya itu

Auni masih lagi kelek sana-sini
Boleh amukan kalo takde tuh
Nak tido mesti nak kawannya 

Dan sekarang bila baby Adeeb tunjuk ciri2 yang sama
Mula pandai peluk bantal goleknya
Bila dia peluk2
Sampai terlena
Memang ajaib!!!


Kalo ditarik bantal tuh
Menangis mcm mama cubit


Tapi budak2 dgn bantal busuk
Still nampak comel lagik
Cuba dah tua bangka dok kelek bantal gini lagik
Rasa nak lempang laju2!!
Hahahhaha!!

Ikut kamulah anak
Satu masa nanti kamu bosan
Kamu buang jugak
Hoping so!!


17 February, 2014

Beranak kecik!

Penat jangan cakaplah
Nak makan,minum kena cepat2
Nak buat kerja kena tunggu baby tido
Ataupun dia tak meragam
Berdukung,beriba
Memang no wahid!

Tido dia
Memang prioriti
Jangan kacau waktu tido dia
Kena bagi dia seselesa mungkin
Kena senyap
Kena sejuk
Kena betul letak duduk bantal selimutnya

Tgh2 malam
Bangun sejam sekali
Kalo tak sebab lapar susu
Dia nangis hidung tersumbat
Tak pon marahkan nyamuk 
Tak pon saja2 mintak dukung,mintak peluk,mintak tido atas dada

Tetapi tetap seronok ada baby
Allah aje yang tau
Disebalik 1001 kesulitan membesarkan seorang bayi
Terselit rahmat yang kita sahaja yang tahu

Senyum dia mulut baru pandai membebel tuh
Buat mama rindu bila jauh
Kaki tangan yang gomok2 tuh
Buat geram aje bila teringat


Aduhai!!!
Jangan cepat besar sangat dik
Tak puas rasa nak kelek baby nih

Walaupun rutin makin bertambah
Seronok sungguh rasanya
Allahhuakhbar!

Semoga besar bagai johan
Mama doakan utk kamu & kakak2 selalu
Berjaya diakhirat & sukses di dunia


15 February, 2014

The Meals Station-KL SENTRAL

TePada yg follow fb/ig aku
Sure tau aku nih jenis heavy breakfast
Sebab bagi aku
Breakfast mesti yg heavy
Mee mihun,nasi lemak,lontong
Takpun paling light pun roti bakar + telur 1/2 masak

Aku mmg tetiap hari akan ke KL SENTRAL pg2 
Kat situ berlambak kedai makan
Kat food court tgkt atas pun berderet
Tapi aku paling suka Meals Station
Depan restoran Rasa Mas
Versi kopitiam

Faveret wajib
Mihun goreng
Chicken curry toast
Telur 1/2 masak
Kopi ais

Memang kena dgn seleralah kata orang

Curry chicken with toast


Telur separuh masak versi perfect

Pricewise
Clean interior
Fast service
Portion-normal

Kalo ada 5 bintang
Aku bagi 4/5

So sapa2 yg terdampar kat KL SENTRAL pg2
Mungkin boleh mencuba
Sure tak menyesal

Sedap ok!!

14 February, 2014

14 Februari

Semua orang tahu kot
Valentine Day hari nih
Masa nih segala jenis bunga
Hatta yang buruk sekalipun
Rega melambung 10-15x ganda

Tetap ada jugak yang membeli
Tak mo kalah!
Coklat,cookies apatah lagik
Siap packaging macam2 rupa

Aku dah melalui zaman jahilliah nih dulu
Aku melalui zaman cinta monyet
Masa tuh mungkin tak alert
Atau mungkin jugak gelora jiwa remaja

Masa Valentine jugak
Galak persatuan2 kat sekolah
Raising fund kekdahnya!!
Buat jualan bunga,coklat,dedikasi lagu pun ada
Siap delivery gi kelas
Time nih sapa dapat byk bunga
Mmg popular sgtlah tuh
Secret admirer kot!!

Tapi sebab takmo mengKALAH
ada jugak trend 
Aku beli utk ko
Ko beli utk aku
Haaaa...ko ada?

Memang bila teringat
Akan senyum sendiri
Kenangan itu mahal harganya
Subhanallah

Masa zaman remaja
Kalo boleh diputar semula

Dan dah tua2 begini
Anak dah tiga
Mengingat mati lebih baik
Byk amal kebaikan yang kurang
Byk nafsu buruk yang perlu dikikis jauh
Banyak sangat dosa 
Moga Allah beri kesempatan bertaubat
Dan moga Allah beri kekuatan
Semoga anak2 berjaya dididik dgn iman & takwa

Moga2!!



Cinta sampai mati mama!!


Till then
Have a good weekend ahead!


11 February, 2014

Panas

Dah lama hujan tak turun
Ada 3-4 minggu rasanya 
Panas nauzubillah
Nyamuk pun makin ramai pulak rakyat panas2 gini

Panas2 macam nih
Senang dapat sakit kepala
Sebab tuh tak suka kuar waktu lunch
Panas berdenting!!

Kalo hujan tak berenti pun mengeluh
Panas kering macam nih pun mengeluh
Masyaallah!!
Astaghfirullah!

Itulah kita manusia kan

Tapi berharap sangat supaya hujan turun nanti
Dah lama tak rasa sejuknya bumi

Mari doa sama2
Aminkan sama2
Allah maha pemurah kan


-hujung bulan nih pengsan tgk bil disebabkan aircond non stop!



08 February, 2014

Upper Respiratory Tract Infection-omg!!

Bermula Isnin lepas Auni demam & batuk
Kak Ain pun berlawan2 batuk dgn Auni
Aku dok suspect sbb weekend hari tuh
Budak2 mandi kolam depan rumah

Demam paling tggi 38.7
Tapi batuk sgt teruk
Bawak klinik 4-5 round 
Amik neb bagai
Tapi still teruk
Ain & Auni batuk macam 1st time kena 
Mmg kesian tgk
Tgh2 tido muntah 
Abis tilam
Dalam keta pun muntah jugak sementara nak pg sekolah
Sangat pelik

Kemuncaknya khamis malam jumaat
Aku & papa bangun back to back
Sebab anak2 demam serentak
Batuk tahap nak pecah dada

Jumaat-aku & papa EL
amik refer letter
Hantar baby pg taska dulu
Terus ke CAH ,Puchong
Jupe paed DR Priya

During consultation
Auni finding:
Paed kata lung clear,tp hidung dia sebelah dalam nampak berair wpun tak flu
Ain pulak takde tonsil yang membengkak
Lung clear ttp bahagian hidung sebelah dalam memang berair
Bila dgr batuk kedua-dua mereka
Bunyinya bukan datang daripada paru2 ttp daripada saluran trachea/kerongkong

Paed sahkan anak2 aku ada masalah allergy Rhinitis
Cold allergy
Dimana air yang block di bahagian hidung akibat kesan allergy akan turun menitis melalui saluran belakang menuju kerongkong mereka
So tiap kali berbaring memang mereka akan batuk dengan teruk
Simptom lain mild grade fever on-off
Batuk
Blocked nose

Kata paed untuk baik terus agak susah
Sebab allergy nih disebabkan faktor genetik & juga faktor persekitaran jugak
Utk sembuh terus memang tak lah
Tetapi boleh dikawal
Kata paed hidung mereka harus dirawat dahulu,barulah sakit2 lain akan settle jugak

Kos jupe paed semalam nearly RM800 utk dua beradik
Mujurlah insuran bayar kan!!

Auni & Ain dibekalkan dengan ubat allergy AERIUS utk bekalan 2 minggu
Ubat cuci hidung Sterimar 4xsehari
Dan jugak steroid base nasal spray Nasonex utk Auni & Avamys utk Ain guna untuk 2 minggu
Selain ubat demam
Ubat LORATADINE utk guna setiap malam selama 2 minggu

Balik semalam aku cuba bagi ubat ikut dos
Dengan izin Allah
Auni & Ain ok petang semalam
Malam tadi pun ok,tak teruk sgt batuk
Lena sampai ke pagi

Maka,benarlah seperti diagnosa paed
So sekarang kenalah mula mengawal suhu aircond bilik,elakkan terdedah pada habuk & make sure anak2 amik probiotik & vitamin c secara berkala.

Perkongsian ini
Supaya mak-bapak lain kena peka
Dan amik peluang untuk bertemu pakar jika kesihatan anak merudum & berlarutan lamanya
Diagnosa yang tepat penting untuk kita
Jangan simply anak tak baik berhari2
Dok ulang pegi klinik merata & tukar ubat itu & ini

Apapun alhamdulillah
Seronok tgk anak makin sihat

Ujian Allah yang manis
Mengajar aku & suami
Banyak lagi yang perlu kami belajar
Bukan mudah jadi mama-papa







04 February, 2014

Berkuntau!!

Sudah tiba musim sakit berjemaah
Yang paling seram bila baby Adeeb pun ikut terjangkit sama
Bermula dgn kak Ain yang demam minggu lepas
Baik demam-dtg pulak batuk
Yang paling teruk bila malam
Nak tido paling azab!

Auni pulak start batuk semalam
tapi tak demam
Cuma batuk teruklah sbb dia mmg ada lelah

Baby adeeb dah kedengaran bunyi2 bunga2 nak batuk jugak
Semalam balik keja
Bawak sumer kanak2 jupe gp
Sumer gp bg ubat kecuali baby
Kecik sgtkan-ubat apa yang sesuai utk baby

Aku google petua batuk utk bayi
Finally cuba bagi madu
Madu hujung sudu jer
Campur air suam
Wpun ada org kata madu tak baik utk bayi
Tapi aku rasa ini makanan sunnah
Aku usaha ajelah 
Lagipun kuantitinya sedikit sgt
Pakaikan vicks kat dada,tapak kaki & pakaikan stokin

Dan hari nih pengasuh Auni call
Auni demam pulak sambil muntah2!

Aku pun tak leh recall bila last sekali Auni demam
Lama dah dia tak demam rasanya
Terus aku mengelabah
Sbb trauma jaga dia sakit dulu
Sampai mati pun aku takkan lupa

Esok,confirmlah aku EL
anak2 sakit-mmg aku aje yang cuti
Tak sanggup nak pg keja tgh anak2 sakit

Marilah berkuntau mama
Menjaga ragam anak2 sakit
Bukan senang nak dapat pahala tanpa filter nih
Sabar nak kena setinggi everest
Hati kena kental sekeras tembok berlin
Tak leh kesian2 paksa anak makan ubat

Doakan mama sihat
Tak rebah sama
Wpun dah hampir 3 bulan mama tido 3-4jam aje sehari


Cepat sembuh yea anak2
Baru awal tahun nih
Panjang lagi masa 
Takkan cuti nak habis sebelum hujung tahun lagikkkk.....

Uwaaaaaaaa!!