Pages

26 November, 2013

Hari ke 15

sila muntah darah
tuan tanah dok membebel pasal edisi pantang aje kan
sukahatilerkan!!

masih bertapa di kampung en papa
esok i/allah akan balik ke KL
sudah rindu sama rumah sendiri
biarlah buruk,sempit rumah ku itu
ituler syurga kan!!

baby alhamdulillah
siang mengantok-malam berjaga sokmo
bukan jenis yang meragam & menangis
tapi suka kena dukung,riba & kalo boleh jangan letak2 dia
hahahhaa!!

dok kira2 hari berpantang
phuhhh lama lagik nih
tapi bila pikir2 balik
biarler lama2 lagik
supaya lama lagi masa dihabiskan dgn baby
dan yang paling penting dapat gaji free
rezeki bukan selalu dapat
cuti panjang tapi gaji jalan!!
tak payah stress closing hujung2 tahun nih
sila gelak evil utk kwn2 kat opis tuh

bercuti pantang kali ni
kebetulan en papa & anak2 pun tgh bercuti
makanya mmg dihabiskan bersama keluarga shj
cover balik masa yang banyak dihabiskan di tempat keja sblm nih
cuma anak2 si AIN & AUNI bosan sikitlah
tak boleh nak kemana
pergerakkan mama terbatas
nak pegi baby centre beli nappy pun kelam-kabut nak balik
teringatkan baby,takut mengaruk nak susu

ada baby kecik nih mmg makin kuranglah masa nak bersosial di luar
nak kena tgk masa tido baby jugak
nak makan luar macam dulu pun mungkin terpaksa hold dulu
tggu baby besar dulu baru selesa nak bergerak
sabar je lah anak2 ku!!

apapon seronok ada baby kecik dlm keluarga
suara dia nangis pun comel sgt2
ada baby nih anak2 lebih behave
tak memekak, bergadoh sgt..takut adik baby nangis
lebih hygiene concern, even kak ain nak usik baby pun kena paksa cuci tangan dulu
dan sejak ada baby boy kat rumah nih
yang paling obvious happy en papalah
mostly segala berkenaan baby, dari mandi,bagi tido,salin nappy keja dia ler
menyusu aje pass pada mama

subhanallah!!

betapa kurniaan Allah swt ini besar maknanya buat kami sekeluarga

alhamdulillah :)

ada orang tanya
takmo tambah baby lagik?

ikut hati & umur
cukuplah setakat 3 nih aje
tp kalo Allah nak bagi jugak
siapalah kita untuk menolaknya

seriously rindu saat baby dok dlm perut
wpun sakit sana-sini
kenangan bawak baby dlm perut
paling tak boleh dilupakan

Alahai...


-si botak kesayangan kami-Adeeb Ridzqin-




23 November, 2013

Babymoon!

Masa bonding ibu & anak kecik
Berdukunglah puas2
Meragamlah semahunya
Merengeklah seenaknya
Menyusu/mengempeng 24jam
Mama redha nak

Mama penat m/mana pon
Mama tak larat nak bukak mata pon
Tetap gagahkan diri
Semoga kamu selesa
Semoga kamu bole tido lena
Semoga kamu kenyang hendaknya

Ibu yang bekerja
Masa pantang masa terbaik nak spend masa berkualiti dgn anak2
Belum tiba masa tender resignation
Banyak komitmen lagi nak settle dulu


Semoga Allah permudahkan jalannya
Allah takkan membebani umatnya selagimana dibawah kemampuannya

Subhanallah!!


-hobi tido atas riba mama-

22 November, 2013

Outstation & ritual pantang

Semalam smp Dungun 6.20pm
Musim hujan dah bermula disini
Sampai kemaman hujan mencurah2
Perjalanan smooth
Baby & anak2 x meragam
Cuma kak ain & kak auni mula berebut tempat utk berbaring di seat en vios di belakang
Almaklumlah keta kecik
Rakyat bertambah

Balik Dungun
Sebab anak sedara en papa berkahwin hari nih
Majlis besarnya esok
Lepas jumaat nih akan diadakan majlis akad nikahnya

Ikut rencana seminggu aje nak bertapa kat sini
Malas dok sini lama2
Tak seronok dok rumah orang kan
Hujan batu rumah sendiri lagi seronok!

Anak2 yang suka sgt balik kg
Sepupu ramai yang melayan
Tapi aku tak berapa nak suka berlama2
Lebih2 lagi musim hujan nih
Risau dgn diri sendiri yg tgh berpantang lagik
Memikirkan baby lagik
Aduhai!!

Saat nih duduk berdua dgn baby
En papa sibuk dgn urusan kenduri-kendara
Pandai2lah aku bawak diri 
Masak apa yang patut

So far aku masih berpantang makan yang kuah2 kurang smp hari ke 15
Makan ikan panggang semata dgn nasik
Lada hitam + halia muda
Tungku 2x sehari
Dan pakai barut perut jugak
Tinggi rahim masih 10cm
Sedang berusaha utk turunkan kurang2 5cm smp cukup 44hari nih
Minum macam biasa
Cuma takdelah ais batu macam selalu
Boleh pun sebenarnya hidup tak minum ais
Aku mmg tak leh tolerate pantang kena sekat2 minum air lg2 dgn rutin menyusu

Aku jugak minum air kunyit awal2 tuh
Dan sambung minum air mas cotek produk Leesa Formula
Utk elakkan sembelit makan ubat gynae bagi namanya Lactulose
Dan aku jugak telan physillium husk campur dgn air oren suam

Ubat2 lain makan multivitamin yg gynae bagi
Makan ubat dlm set pantang tuh aje
Itu aje yang aku amik
Selain makan byk buah oren & epal utk digestion & improve fast healing proses

Nak kata strict pantang
Tak jugak
Cuma bab makan jaga betul 
Sbb takmo suffer kemudian hari 

Pagi2 masih minum milo+ biskut @ roti butter
Tghr makan nasik 
Ptg minum milo balik
Malam makan nasik balik
Pagi2 bgn tido kalo baby tak bangun 
Aku akan bertungku awal pagi
Mandi & pakai barut terus
Baru makan pagi

Berpantang nih selain masa utk ibu berehat
Sebenarnya masa ibu utk memulihkan kesihatan diri
Makan kena tgk jugak
Jangan pakat tolak belaka
Kena ikut logik akal jugak
Ada yang aku ikut,ada jugak yang aku bangkang kaw2 terutamanya bab minum air bersukat tuh
Aiyokhhh!!

Apapon masing2 ada pendapat ttg ritual pantang
Aku masih dgn tradisi kuno,mak kita dulu2
Biarlah tak slim down mana pun 
Asalkan rasa badan sihat kan!!

Aku berpantang 44hari
Dan berpantang utk bersama 100hari
Dari bersalin Ain lagi aku dah amalkan macam nih
Suami kena faham bukan selalu edisi bersalin nih
Trauma melahirkan bukan mudah nak lupa weeiii!!

Bak kata mak aku
Ibu kena sihat utk jaga semua orang 
Biar anak nangis
Jangan ibu yang nangis!!

Misi pantang kali nih
Berpantang selagi boleh!!

Chaiyok mama!!!

-psyllium husk nih mmg recommended utk colon cleanse-










19 November, 2013

9 hari yang indah =))

Adeeb Ridzqin
Tido 20 jam sehari @ lebih kot
Bangun masa nak susu
Mandi,buang air 
Selebihnya tido
Tak banyak ragam
Takde jaundice
Menyusu no wahid!!

Hari ke 7 
Papa & mama cukur rambutnya
W/pun anak dah 3 orang
Ini pertama kali kami cukur botak rambut baby
Dulu kak ain & auni kami potong sikit jerk
Sayang sbb ank pompuan kan
Mcm pelik tgk botak
Hahahaha!!

Sedang berkira2 nak buat aqiqah utk baby Adeeb
Masih dlm perbincangan dgn papa
Mencari masa yg sesuai jugak nih
Lusa nak balik kg
Anak sedara sulung papa berkahwin hujung minggu nih
Mahu @ tidak kena balik jugak
Tak sedap jgk kalo x balik
Hopefully tak lama bertapa kat kg
Tak best dok lama2 rumah org nih

Wish me luck
1st time nak berkuntau balik jauh2
Dgn anak 3 orang nih

Apa perasaan ibu beranak tiga ni?
Rasa complete dah
Ada anak perempuan & lelaki
Semoga amanah Allah ini berjaya kami pikul sebaik mungkin


-si botak mama tgh tido dlm kelambunya-



16 November, 2013

15-11-2013

Banyak perkara bersejarah berlaku pada tarikh ini
Semalam tarikh lahir suami terchinta yang ke 34 tahun
Semalam jugak papa pegi daftar nama untuk si baby tuh

Disebabkan tgh berpantang
Makanya sambut kecil-kecilan kat rumah shj
Order kek depan rumah
Jadiler drpd takde apa2 kan

Tarikh lahir setiap ahli keluarga 
Bagi aku harus disambut sebagai acara keluarga
Anak2 dah diterap dgn budaya ini
Sebagai salah satu medium berkasih sayang

Nama baby telah termaktub
Sebagai Adeeb Ridzqin
Adeeb maksudnya berpengetahuan & beradab
Ridzqin pulak maksudnya rezeki/kurniaan Allah
Semoga baby jadi anak yang cerdik akalnya,baik pekerti,jadi anak yang soleh & murah rezekinya
Insyaallah


Untuk papa
Selamat hari lahir yang ke 34tahun
Kami sayang papa dunia & akhirat
Semoga panjang umur & murah rezeki hdknya
Amin



14 November, 2013

Kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu!

-entry ini sgt panjang-

Maaf banyak2
Amik masa untuk mencoret sesuatu ttg kelahiran anakanda ketiga ini
Sedang up & down dgn rutin baru berpantang & mengurus orang baru nih

Aku selamat melahirkan anakku tepat 40 minggu & tepat pada EDD yang diberi oleh doktor 11-11-2013 pukul 2.21am
Subhanallah!!

Sehari sebelum kelahirannya
Aku macam biasa
Petangnya anak2 mengaruk nak ke taman permainan
Aku pun ikutkan aje
Berjalan2 di taman tasik cyberjaya
Pijak batu refleksologi
Berjalan keliling taman sambil berlawak-kot2 leh paksa adik baby kuar

Keesokkannya pagi2 masak nasi lemak
Siap caption nasi lemak terakhir sblm tiba musim pantang 
Lepas makan pagi Ahad tuh siap jemur baju,kemas dapor siap2!!
Ntah kenapa mengantok,tido dulu sampai kul 2pm

Bangun2 teringatkan Kenny Rogers
Terus ajak papa g Cyberjaya
Makan kat sana
Lepas makan terus g umah bonda kat Sg Besi
Lama x jupe mak kan!!

Smp umah mak lepak2
Masuk asar nak amik wudhu'
Dlm bilik air terjerit sorang2
Tgk ada bloody show!!
Yahooo!!!

Orang lain takut nak bersalin
Aku punya excited
Smp x lalu nak makan
Terus Asar & bawak balik anak2 ke rumah
Masa tuh perut merenyut2 tetiba
Ok..mild contraction has started
Mari kita mula mengira!

Balik umah tgh2 azan maghrib 
Mandi & papa mula mengemas baju anak2 pulak utk dibawa ke rumah adik aku di Putrajaya
Mak aku akan menunggu dirumah adikku

Masa nih contraction sudah berkala selang 10minit
Rasa macam sakit period pain
Tak sakit sangat
Boleh tahan,berjalan macam biasa

Aku hanya bertolak ke putrajaya pukul 8.40pm
Terus ke rumah adik di P9
Makan malam rumah dia
Tel gynae bgtau progress masa tuh
Dia kata dia akan standby
Sakit masih boleh tahan

Back to my birth plan
Mmg plan asal hanya akan bertolak ke hospital apabila contraction sela 5minit
Lepas makan aku try tido
Papa pun cuba tido jugak

Bila contraction menunjukkan sela setiap 4minit waktu dah menunjukkan 12.40t/mlm
Salin baju & kejut papa
Masa nih sudah agak sakit
Mengalir jugak air mata
Jalan pun berdikit2
Anak2 dah tido depan hall
Cium kak ain,auni
Makin deras airmata mama
Yea lah mana tau ajal mama smp awal
Wallahuallam bswb!

Masuk kereta
Sakit makin merenyut2
Papa ajar doa nabi yunus & tak putus2 suruh beristighfar banyak2
Perjalanan hanya 5-10minit sahaja
Sampai di LR
mendaftar & jupe gynae terus
Amik urine,bp reading & terus VE
punyalah berdoa harap dah dilate byk
Rupanya baru 4cm
Adoikhhhh!!!!

Terus ditolak masuk LR
Membuang apa yang patut
Put on CTG pulak
Masa nih contraction sela 3minit
Sangat sakit
Airmata laju macam lepas kena pukul
Sakit nauzubillah
Papa sempat mengaji surah Maryam
Aku tak putus berdoa & istighfar byk2!

Gynae kuar masuk sama dgn nurse
Baca CTG 
Katanya CTG tak cantik 
Contraction kuat sgt
Gynae buat VE lagik
Katanya serviks tebal keliling
Mula tunjuk muka & dia mcm bagi hint yang high possible utk czer
Aku yg tgh sakit tak putus2 berdoa dlm hati jangan smp czer
Permudahkanlah Ya Allah
Kasihani aku

Gynae buat VE lagik
Okey dilate 8cm dlm tempoh 1/2jam
Nurse bagi aku minum air selusuh
Kebetulan selusuh tuh en papa yang buatkan &  mmg aku bawa masuk dlm LR selain tuala kecik utk aku kesat air mata
Sgtlah drama kan?

Minum seteguk
Baca selawat atas nabi
Sambil doa banyak2 dlm hati
Rabbi Yaasir Wala Tuassir

Demi Allah yang menjadikan langit & bumi
Tak sampai 5minit
Gesa meneran sangat2
Aku terjerit sama papa
Bagitau nak meneran sgt
Masa nih gynae & nurse yang diluar buru2 masuk 
Katanya baby dah crowning
Gynae ajar aku position badan aku
Aku yang sedang mengigil menahan sakit
Diajar memegang buku lali kaki
Tapi sebab tgh sakit pegang tuh pun aku failed

Alhamdulillah 2x push
Baby selamat dilahirkan
Sangat mudah 
Takde episotomi kali nih
Takde pethidine,pitocin jugak
Subhanallah!!
Betapa indahnya nature birthing
Kalo aku tau betapa seronoknya natural birthing aku takkan opt utk induce masa bersalinkan Auni dulu


Normal tear-1st degree tear
Berjahit jugak tapi sgt minimum
Alhamdulillah!!

Utk kawan2 yang wishes thru Fb,Ig,whatsapp,sms,blog
Terima kasih banyak2
Tak sempat nak balas satu persatu


Nama: belum official lagik
Berat: 3.24kg
Jantina:Lelaki

Syukur alhamdulillah
Aku kini bergelar ibu beranak tiga
Dikurniakan 2 anak perempuan
Dan seorang anak lelaki
Cukuplah rasanya
Umur pun makin banyak
Terima kasih Ya Allah
Atas kurniaan rezeki ini
Semoga aku & papa
Akan jadi ibubapa yang amanah atas tanggungjawab yang berat ini

Amin







10 November, 2013

Corelle 16 pcs

Utk siapa2 yang berminat
Boleh place order
Shipping December

Rega murah
RM220
deposit RM20 shj
Baki dibayar selepas 27/11 nanti

Place order: mamawicah@gmail.com



40 minggu & post due?

Esok 11-11-2013
Takde sign lagik nak bersalin
Badan membesar bagai johan
Makan tak hingat!!

Rasa2 boleh trn berapa kg pas bersalin nih?



Sila takut!!!

#postdue

07 November, 2013

4hari lagik!!

Kuat lagik
Masih bekerja
Masih sibuk dgn kerja2 rumah
Masih ribut pagi2 dgn anak2

Masih membaca macam2 ttg 
Persediaan bersalin
Makin lama baca makin rasa tak cukup
Begitulah ilmu
Makin dituai makin tak cukup
Luasnya ilmu Allah bagi
Subhanallah

Berkongsi debar dgn ibu2 yang menanti hari
Berkongsi citer ttg pengalaman menunggu
Simptom2 yang sedang dihadapi skrg
Sebenarnya melegakan
Sekurang2 bukan kita seorang yang rasa macam tuh!!


Menunggu masa itu tiba
Lagi lama lagi excited

Tak sabar nak melihat zuriat sendiri
Yang dikandung hampir 40 minggu

Berdoa banyak2 
Smg tak post due

Amin....




04 November, 2013

Give me a good reason !!

Aku bukan pakar ttg perubatan
Tapi aku banyak belajar
Banyak membaca
Banyak bertanya
Pendek kata suka cari ilmu
Yang berkaitan dgn keadaan aku yg berbadan dua sekarang

39minggu membawa perut
Bukan mudah
Bukan senang
Pahit,manisnya aku yang tanggung
Aku rela sbb mmg aku teringin mengandung lagi
Nak punya ank lelaki sblm umur makin banyak

Kali nih aku berharap utk bersalin secara semulajadi
Takmo paksa aka induce lagik
Teringin nak merasa sakit bersalin pastu drama berkejar2 ke hospital gitu

Pagi nih
Check up dgn gynae di HPJ
Memang drama sungguh!!
Memang menyakitkan hati
Sampai terasa nak tukar gynae kejap tuh jugak

Simply bagitau aku
Kita set tarikh inducelah minggu depan
Dah awak takde tanda2 nak bersalin
Servik pun tebal
Dilate pun takde
Baby pun dah full term

Aku tanya 
Utk reason apa?

Saya takde masalah
Waterbeg liquid adequate kata doktor tadi
Baby engaged on canal birth
Berat baby ok,x oversize
Baby movement ok!!
Tak boleh ke kita tunggu sampai masanya tiba?

Mungkin baby belum tiba masanya nak kuar lagik
Allah tak bagi hint lagi pada baby utk kuar lagik

Katanya standard prosedure
Ikut WHO

Bukankah kandungan bayi dikira full term dari 37-42 minggu
Unless 42 minggu still tak bersalin itu mmg wajiblah dipaksa kuar kan?

Kalo baby besar
Aku ada high BP
@ mmg confirm GDM
Air ketuban kurang
Air ketuban terlampau banyak
Placenta terlampau matang
Fetal distress

Then..tak payah cakap
Aku sendiri serah diri utk induce
Aku pon sayang anak aku
Aku nak tgk dia sihat2 kuar 

Ini sumer ok
Even better than before!!

Aku dah merasa 2x induce
Azab nauzubillah
Jadi sedikit sebanyak ada jgk rasa serik tuh!!

Aku terasa betul2 down dgn gynae td
Langsung takde empathy

Mmg entry tgh EMO
Aku betul2 dilema
Nak jupe dia lagi @ tak mggu depan
Dlm masa yg sama
Berdoa banyak2 moga baby kuar dgn sendirinya sblm appointment minggu depan

Moga2!!












03 November, 2013

Determination!!!

Bila sampai bab mengidam
Ceruk mana pon
Akan carik smp dapat
Kena beratur 2-3 jam pun sanggup

Kena bab nak makan air tangan sendiri
Sanggup belek resepi ntah berapa jenis
Yg tak pernah masak seumur hidup pun sanggup..
Demi tekak!!

Setakat nih
Paling jauh melayan tekak kat IPC shj Mutiara Damansara
Makan kat Absolute Thai

Menu yg tak pernah masak sepanjang umur 34 tahun
Berjaya aku masak hanya sebab teringin
Nasi beriani ,siap ayam merah,kuah dal & jelatah timun
Pencapaian terbaiklah kononnya!!

Kuih-muih yg versi 5 tahun sekali buat
Dasar teringin punya pasal
Kuih onde2 & kuih cara manis
Berjaya dibuat ...

Perasan sejak mgdg suker makan bolognese kat Pizza Hut
Rasanya 4-5x jgk g mkn sejak mgdg


Itu baru bab makan
Belum bab shopping
Mujurlah kali nih
Aku lebih berhemah dlm berbelanja
Memikirkan banyak lg $$$ yg akan digunakan utk kos bersalin & slps bersalin

Bab bersalin jgn dikira
Sakit m/mana pon
Lama mana pon
Walaupon proses bersalin sgt trauma sebenarnya
Bab diseluk2
Bab digunting
Bab berjahitnya lagi
Suffering dgn ritual pantang 44hr tuh
Ibu2 nih sanggup bertarung
Demi nak melahirkan buah hati yg penat dikandung 9bln lamanya!!

Allahuakhbar!!

Determination & perseverance 
Only mom's know well!!

39 minggu
Berdering2 hp bertanya kot aku dah bersalin
Belum lgk yea!!

Lgsg xde sign
Cuma suddenly hubby demam hari ini
Ada kaitan tak?

Apapon berdoa jgk kot baby nak kuar awal Muharram nih
Atau nak post date sama besday dgn papa 15/11?

Wallahuallam bswb!!

01 November, 2013

10 hari lagik?

Ikut EDD lagi 10 hari
Perasaan?

Tak reti nak bersabar dah
Nak menamatkan journey 3rdpregnancy nih
Nak cepat2 cuti
Dah tak larat nak travel pg opis lagik

Tapi suka @ tak
Kena menunggu
Kali nih tak macam bersalin Auni dulu
Kalut mintak induce 38mggu
Sebab bapa mertua masa tuh tenat di GH
jadi mmg berkejar dgn masa
Takut sakit bersalin
En papa takde sbb menunggu ayahnya

1st time kali nih
Rasa berdebar menunggu masa
Lebih debar dari bersalinkan anak sulung rasanya...

Jarak ke hospital 15km rasanya
Drive pon 15 minit 

Kali nih bertekad
Tggu intense surge berkala baru pg hospital
Turun show
Bertahan!!

Tapi kalo waterbeg pecah awal
No choice -sila bergegas ke hospital
Takut komplikasi lain pulak
Jangkitan dsbgnya

Misi kali nih
Utk berkata TIDAK pada EPISOTOMI
dan 24hours bonding dgn baby
No more nursery for baby!!

Esok rasanya akan bertawaf sekitar MV
motip??

Utk berjalan sebanyak yang mungkin
Biar penat
Biar lelah
Janji berbaloi!!

Kanak2 sdh dipesan awal2
Kena beri kerjasama 
Kalo nak tgk adik baby cepat2 kuar

Apapon selamat berhujung minggu
Doakan aku cepat bersalin yek!!

Amin



Sebutlah selalu ALHAMDULILLAH!!