Pages

30 May, 2013

Promoted

Yea
Promoted 
Tau bulan 4 hari tuh
Rezeki baby dlm perut
Rezeki anak2 jgk

Malangnya....
Pertukaran aku ke jabatan baru
Ditangguh dari bulan ke bulan
Dgn alasan short head count
Takde pengganti di kedudukan aku skrg

Sebulan tangguh
Boleh sabar
Senyum & berlagak takde apa2 yg blaku
Terus menjalankan tugas mcm biasa
Ikhlas demi mencari rezeki 

Bulan kedua
Sepatutnya Jun dah mula di jabatan baru
Bos yang tertinggi mohon hold lagik
Katanya sampai Julai
Alasan yang sama
Tiada replacement

Kali nih
Darah sedikit mendidih
Rasa geram sggh
Sebabnya pelik kenapa yang nak hold begitu lama?
Kekurangan @ tiada staff lain
Bukan masalah aku
Itu kena rujuk dgn sumber manusia
Let them solve it

Aku mulakan pg2 td
Dgn menaip email panjang lebar
Pada setiap boss 1/2/3
Cc:sumber manusia

Tak sampai sejam
Sebuah mesyuarat mengejut melibatkan bos 1/2/3 & sumber manusia 

Result:-
Masih tak berpihak pd aku
Kerana jabatan yg ada masih memerlukan khidmat aku
Dan bos 1/2/3 sepakat akan release aku pd 1 Julai 2013 secara rasminya
Jd sudah ada hitam-putih disitu
Sumber manusia kena berusaha 2x ganda utk cari right candidates utk ganti tpt aku dlm tmph sebulan

Moral of the story:-

Ketahui hak kita sbg pekerja
Ketahui jugak channel pengaduan
Pelajari teknik berunding secara berhemah
Pastikan ada win-win situation 
Dan yang plg penting
Jgn ikut membabi buta
Gunakan speak up policy
Jgn emosi
Stay professional

Jd utk sebulan akn dtg
Masih ditempat yg sama
Aku redha ajelah

Kdg2 beralah bukan bermakna kita kalah :))






29 May, 2013

Makan : susah hati

Mmg berkait rapat 
Risaukan Auni yang x berapa sihat
Maka kerisauan aku
Diterjemah dgn melayan tekak
Dan perut yg 24 jam lapar

Hopefully Auni sihat cepat2
Cirit birit settle
Demam settle

If not lusa
Auni kena warded
Paed tak nak amik risiko lama2
Nak put on drip
Sbb demam lama sgt

Tak kisahlah
Asalkan Auni cepat sihat
Senang hati aku

Aminnnn


23 May, 2013

Musim sakit berjemaah

Dua-dua x sihat
Pg td paksa jugak Ain ke sekolah agama
Ada exam paper terakhir
Sek kebangsaan aku x bg pg
Sbb dia demam semula

Auni tetiba demam mendadak
Takde sign apa2
Flu dah kering 
Batuk mcm dah reda
Pukul 3.40am menangis2
Rupanya bdn panas mendadak
Muntah2

Hari nih w/pun hari x boleh ponteng
Keja tgh byk
Buat keras hati
Demi anak2
Biarlah staff/kwn2 nk kata apa
Biarlah boss nak bising apa pon
Demi cinta sampai matiku ini

Aku jenis x suker
Hantar anak2 ke taska wpun 1/2 hari kalo anak mula demam
Sbb aku tau anak aku jenis m/mana
Takut menyusahkan org lain
Dan kesian jugak pd anak2
Time demam ,sakit2 nihlah dia nakkan perhatian kita

Biarlah cuti habis
Biarlah potong gaji sekalipun
Aku tak pernah berkira demi anak2
Aku yakin & percaya
Rezeki anak2 ada dimana2!!

Kemujuran atas kesakitan anak2 ini
Esok dah bermula cuti panjang
Jadi takdelah aku ssh hati sgt
Papa boleh amik alih tugas jaga anak2 sakit nih
Itulah untungnya bersuamikan cikgu nih

Aku pun masih x berapa sihat
Flu dah kering
Cuma bdn masih dedar-x kebah2 lg demamnya
Bloating occasionally
Tp sgt tak selesa jdnya

Apapun kena kuat lawan sakit
Demi anak2 katanya!

Utk kawan2
Selamat bercuti panjang
Kali nih aku xde plan bercuti kemana2 lantaran tiada cuti berbaki lagi
Tak tau kalo papa nk bawak anak2 bercuti balik kg dia
Terpaksalah mama tggl sorang disini

Masih dlm perancangan
Dah ank2 sakit nih
Ssh sikit nk bjalan
Apapun doa yg baik2
Smg sakit sumernya tak melarat2

Amin




20 May, 2013

Realiti -kisah terpencil mungkin?




Kisah terpencil tp perlu diambik tahu
Spy lain kali tak terjadi pada kita @ ahli keluarga kita

Kawan baik pangkat kakak
Tua 2 tahun yang aku anggap tempat rujuk
Khamis lepas aku tel sajer borak2
Smp mgadu aku sakit cramp sana-sinun

Rupa2nya dia dlm musibah
Suaminya sedang sakit kuat
Sakit yg tak diketahui puncanya
Ingatkan migrain biasa

Tp bila smp terbaring
Tak lalu makan
Sakit kepala sgt2

Isnin pg hospital selayang ttp penuh sgt
Pg ke GH
Bp reading ok
Means sumer ok tip top
Balik ke rumah dgn ubat migrain shj

Selasa-suami akak nih
Tak tahan sgt
Kawan pejabat bawak pg buat akupuntur
Mana tau menjadi @ rasi
Masih sakit -tiada perubahan

Rabu tgh2 malam ke GH
Sama tiada ujian lanjut selain mengatakan semuanya ok
Set appointment CT Scan minggu berikutnya
Diagnosed:
Hanya migrain shj
Diberi suntikan tahan sakit
Dan again-ubat sebeban

Khamis malam-akak nih gigih ke Darus Syifa
Mana tahu ada penjelasan lain
Atas kesakitan yang tidak diketahui itu
Balik dgn air jampi

Tgh2 mlm jumaat tuh
Keadaan bertambah buruk
Ke ER Tawakal Hospital
Sama jer-semua ok
Tiada ujian lanjut 
Diberi suntikan tahan sakit & ubat sebeban
Malah disuruh balik pukul 2am

Jumaat mlm sabtu
Suami akak nih bertambah teruk keadaannya
Meracau & pengsan
Kakak nih call ambulan Bahamas
Bayar RM180
Paksa ke HUKM
wpun pihak ambulan kata jauh sgt 
Denyut nadi suaminya bertambah perlahan
Keadaan kritikal

Tetap paksa ke HUKM
Sampai HUKM terus runned utk CT SCAN

Result-blood clot & tumor 4cm

Astaghfirullahhaladzim

Sabtu pagi-5 hours major operation di
HUKM
transfer ke ICU ward
dan dah mula stabil hari ini
Dan dipindahkan ke wad biasa

Jadi moral of the story

Jangan pertaruhkan nyawa orang lain
Atas kelalaian menjalankan t/jawab yg telah diamanahkan
Pihak GH/mana2 hospital perlu take every patient as urgent case
Jalankan ujian lanjut
Kita tak nampak apa yang ada didalam anggota badan dgn mata kasar
Sakit kepala berhari2
Bukan sakit biasa namanya

Aku tau hospital banyak patient
Tp apalah salahnya conduct proper test
Dan everyone will happy 
With the outcome

Yea,sumer keja ada prosedur
Tp prosedur perlu dilaksanakan dgn teliti 
Bukan touch n go

Yea,mmg ini ujian Allah
Ttp sekiranya diagnosis awal dilakukan 
Sekurang2nya takdelah terlalu lama
Pesakit menanggung derita

Sbg rakyat biasa
Yang tak tahu apa2 ttg prosedur 
Ttg istilah perubatan 
Mmg agak sukar kita nak request itu-ini
Tapi kita kena belajar 
Ttg hak kita sbg pesakit

Kena belajar luar skop kadang2!!

Utk kak ayu & abg Zamri
Smg tabah menghadapi dugaan kesakitan ini


Entry ini
Bukan nak blame doktor @ seangkatan dgnnya
Kerjaya doktor paling aku hormati & kagumi
Cuma aku benci birokrasi
Dan kerja sambil lewa












19 May, 2013

Kerja-Lapar-15 mggu

Habis isu cramp sana-sinun
Pg wat ultrasound jumaat lepas
Sumer ok
Except mama py bp yg x ok

+____+



Hari nih masuk mggu ke 15
Mak aikkkhh tiap2 2 jam akan lapar
Smp tahap menggigil kalo xdpt mkn

Bukan nak makan roti,biskut
Nak makan yg heavy shj
Risau tgk selera mkn skrg
Takut berat naik mendadak
Aiyokhhh!!

Kerja?
Hari nih mgadap opis jgk
Byk benda yg x settle lagik sejak cuti pjg tempohari
Ttp..............
Tak smp 3 jam mgdap pc
Aku dah kebuluran
Sdgkn sblm pg keja dah bantai nasi putih lagik

So balik nih nak stock up 
Buah2-potong siap2
In between makan & start lapar
Mari kita makan buah2an
Kalo ikutkan sgt lapar nih
Mmg konfom 5kg sebulan naik

Takutnya!!

Masih belum boleh telan sgl jenis susu
Loya lagik!!

Apapun sedang adjusting lagik
Mabuk kalo dr segi %
Masih ada 50% lagik
Hopefully by end 16 weeks
Dah ok betul2!!

Slmt bhujung mggu
 

16 May, 2013

Kabinet "recycle"

Semlm PM dah umum barisan kabinet baru
Tak surprise sgt kot
Melainkan tgk muka lama
Di tukar sana-sini
Barisan menteri lama ditukar profil

Perlantikan menteri wanita
Yg berapa kerat sgt
Ada plak dilantik dr Hindraf

Yg best sikit kot
Tgk KJ naik masuk kabinet
Bukan sbb dia hensem
Tp he is suit to that profile

Tgk 2 kementerian yg digabung jadi 1 tp menteri still 2 orang jugak
Motif??

Tp its good to have Idris Jusoh dlm kementerian pendidikan
Dia pencetus idea sekolah imtiyaz yang popular di tganu
Sekolah gred A dgn basic Pengajian Islam
Smg byk sek menengah agama bantuan penuh kerajaan akan dibina slps ini

Rakyat marhaen
Kita memerhati
Dan berdoa ketelusan para pak menteri
Menjalankan tugas penuh dedikasi
Penuh integriti
Dan berlandaskan ciri2 pemimpin yang telus
Gaji bukan sikit tuh bayar guna duit rakyat
Sila bekerja dgn tekun & amanah

Perbaiki yang kurang
Pertambahkan yang baik
Kembali kepada pokok asal skrg

Membina perpaduan
Dan mengurangkan jurang pendapatan rakyat & peka dgn peningkatan taraf hidup rakyat skrg nih

;))







15 May, 2013

Cramped at 14 weeks :(

Tak tau apa yg tak kena
Perut memulas2
Sekejap mengeras
Makin sakit bila berjalan
Jln seperlahan yg mgkn

Google sana-sini
Byk perkongsian pengalaman
Babycentre kata-stretching abdomen to expand uterus
Ok fine-absorb & pikir positif

Ty drsinga yg baik hati
Katanya as long as no bleeding
Its ok!!

Ada pulak yg kata
Itu antara contoh ibu mgdg yg ada UTI
aku rasa related jugak
Kurang minum air
Masa buang air -sakit

Ada jugak yg kata perlu byk rehat
Berbaring byk2!!

Tp masuk waktu skrg lebih dr 9 jam sakitnya
Tak rasa berkurang pun
Ok jom telan pcm macam pesan drdaddy
After 2 jam masih rasa x ok

Bjln sgt sakit
Smp tunduk menekan perut
Letaknya bawah perut sktnya
Ari2 kata org

Belum ada apa2 urge nk ke hospital
Selagi xde heavy sign
Tp bila memikirkan berjln pun jd kesukaran skrg nih
Serious ada debar dlm hati!!

Tak pnh kena mcm nih
Ini adalah pertama kali sejak mgdg

Ada kawan2 yg pernah kena begini?
Adakah ianya normal?

Sorry,soalan org cuak!!
Mmg ty pelik2!!

Set dlm kepala
Kalo lebih 24 jam
Masih begini keadaannya
Sila menyerah jupe doktor
Let her do her job
Tgk apa punca jd sebegini sakit

Apapon berdoa smg tak melarat
Dah tak larat pg mgadap doktor nih!!








14 May, 2013

Syurga dunia ibu mengandung

Baru boleh nk mkn skrg nih
Occasionally muntah jugak
Angin barangkali

Apapun sejak boleh mkn
Tiap 2 jam
Mesti lapar
Tahap mengigil2 mcm hypo!!
Erkkkkk!!!

Sedangpeningkepala
*posaada7harixgantilagik

Uwaaaaasss

Jom lyn tekak mkn mcm2

Abc-souq Masjid Putrajaya
Sedapppp!!


Roti jala & kari ayam
Tnb pj 

Bihun faveret yg dah lama xleh telan sbb mabuk teruk-Meals station-kl sentral


Tomyam kat dumpster Pj
Sgt sedap!!
Ajaib-mkn nih x muntah dah!!

 Ice coffee-Meals Station KL Sentral
Sedap nak mam!!!

Dah boleh mkn yg msm2
Cuma msh x leh mkn nasi lemak
Mesti muntah kaw2!!

Seronok explore tastebuds
Masa mgdg nih
Byk benda yg dulu aku suka
Skrg nih mcm x berapa suka
Even bau pun buat jd musuh
Ituler pembawakan namanya kan!!

Apapun aku berdoa smg semuanya back to normal at 16 week
Skrg br 14 mggu lebih
Byk improvement
Tp belum 100% ok

Terutamanya bab alah shopping mall tuh
Sgt x best part tuh!!!


13 May, 2013

Hari Sukan Auni & Hari ibu

Sabtu berkesempatan tgk Auni bersukan
Alololo
Seronok sgt dia join sukan
Siap join perbarisan
Alahai
Auni dah besar 

Dulu asyik sakit jer
Mcm x percaya tgk dia besar mcm nih
Bulan 8 nih Auni 4 tahun

Tp Auni yg bsukan
Aku yg pengsan kepenatan
Tak tahan berpanas
Migrain aku
Balik umah terus pengsan aku


Esoknya yakni semalam
Sambutan hari ibu
Aku x pg mana2
Gara2 masih alah dgn shopping mall

Pg2 g makan kat mamak
Balik sggh beli bhn basah nak masak
Tp bab menyiang,cuci ikan & ayam
Masih perlu bantuan papa
Aku masig tak boleh buat
Muntah teruk nanti

Masak kari ikan bawal,goreng ayam & tumis kangkung taucu
Sedapnya makan sama anak2


Anak2 hadiahkan handmade card
Aduhai
Terharu mama!!

Bukan hadiah jd ukuran
Ingatan itu yg penting
Tq ain & auni


Ptg smlm pg umah mak
Berhari ibu sama emak terchinta
Makan lagik
Asik makan & makan

Apapun utk mak
Loves you so much
Tq for everything

Selamat hari ibu
Utk semua wanita yang bergelar ibu

Yakinlah kita dilahirkan sbg wanita yg hebat!!




09 May, 2013

Emo!!

Aku pengguna tegar ERL/LRT
Atas dasar ofis aku lubuk jem sedunia
PJ state ok!!!

Aku rela bersesak dlm pengangkutan awam asalkan tak sakit hati memaki mencarut dok dlm keta berjam2 lamanya

Masa aku tak mgdg dulu
Mmg dah biasa sgt berdiri dlm ERL/LRT
apa nak heran
Awal2 mgdg aku x kisah berdiri
Sbb mana ada org perasan aku mgdg
Perut kecik cinonet
Tp bila perut dah membesar 
Sgt obvious dgn keadaan skrg
Mmg sakit hati
Bila orang pakat2 tido
Konon takut sgt nk kena bg seat empuk tuh pd perempuan mgdg nih

Lelaki oklah
Diorang tak paham @ buat x paham
Kalo pompuan buat bodo mcm tuh
Rasa nk hempuk dgn handbeg

Mmg sakit hati
Takper-tggu masa ko
Allah tuh maha kaya
What comes around turn around 

Aku nih w/pun mgdg
Kalo nampak ada orang tua,org sarat mgdg dpd aku 
Rela bg seat pd dia
Sbb kita paham rasanya!!
Sakit hati dgn taraf sivik minded rakyat msia

Maaf entry emo
Smbl makan breakfast
Di KL Sentral...

Kawan2
Mari amalkan cara hidup lebih byk memberi dr menerima
Allah syg kita
Kalo tau timbangrasa
Kala tau rasa simpati

Insyaallah,tak terbayang pahala kebaikan sekecil itu
Allahhuakhbar!!







08 May, 2013

Happy birthday Ain & Opah 8-5-2013

Utk Ain
Semoga jadi anak yang solehah
Berjaya dunia & akhirat

Utk opah yang berkongsi tarikh lahir sama cucunya
Semoga panjang umur & murah rezeki

Didoakan yang terbaik
Buat dua insan yang sgt penting buat aku



07 May, 2013

Mengidam 3!!

Sila bg muka
Dgn ibu mgdg
Mengidam setelah agak lama x lalu mkn
Gara2 mabuk 5 mggu lamanya

Semlm selangor kan cuti
Teringinnya nk mkn nasi beriyani gam
Tempatnya di Bdr Baru Bangi Seksyen 1
1/2 jam perjalanan dr rumah


Sedapnya!!!
Mkn x pdg keliling dahhhh

Harga munasabah
Rasanya lebih murah dr Restoran insaf kat jln TAR

 


Utk yg berdekatan 
Mungkin boleh mencubanya!!


06 May, 2013

5-5-2013

Dlm dok pikir nk blk kg @ tak
Akhirnya blk jgk sabtu lepas ke Dungun
Bertolak 7am
Tiba 2.35pm
Sesak mcm nk blk kg beraya

Esok pg2 papa pg mengundi
Dia hbs mengundi 8.50am
Kul 9.10am dah bertolak ke Putrajaya
Tiba di Putrajaya 2.30pm
Dan aku pulak
Melunaskan t/jawab sbg pengundi

Trust me
Ini undian yg plg2
Meruntun jiwa
Saat memangkah ada rasa dlm dada
Ada getar kuat
Ada syahdu dlm jiwa
Biar kalahpun
Asal aku sdh melaksanakan t/jawab sbg rakyat Msia

Ada 1001 cerita busuk
Politik duit dihadapan mata
Yg sms lain
Yg tel lain
Yg siap tarik tangan pun ada
Bukan khayalan
Siap disogok itu-ini
Katanya duit saguhati!!
Duit minyak
Duit kopi

Wahhh
Utk point ini
Smp bila2 pun ssh nk mng!!!
Kalo duit ringgit penjadi tanda wacana
Murahnya manusia demi RM100-RM200

Mlm td bersengkang mata smp 12 t/mlm shj-mengantuk sgt2
Seronok baca keputusan
Biarpun parti yg dipangkah kalah di Putrajaya
Tetap bersyukur ada few seats yg aku aim utk menang
Terutamanya Shah Alam,Pasir Mas, dll

Tp bgn subuh pg nih
Baca newsfeeds kisah black out
Pengiraan undi yg terlalu lama
Ini buat tanda tanya??
Suddenly black out
Whatthehell!!

Apapun redha dgn kekalahan
Bukan tak biasa kalah
Cuma rasa masih byk masa
Memperbaiki kekurangan
Kurangkan propaganda
Kurangkan kontroversi

Play fair for people
Work with integrity
Jlnkn t/jawab

Masa membelek manifesto BN

Yg plg penting
Its good to be Selangorian

5 tahun akan datang
Save duit byr bil air

Siapa tak mo??

TIPUUUUUUUUUUUUUUUU!!













03 May, 2013

Bertambah baik!!

Syukur ke hadrat Allah
Aku beransur baik skrg
Mabuk mula kurang disaat kandungan mencecah usia 13mggu

Setelah bercuti panjang 20hari
Semalam aku mula masuk kerja
But still pg2 masih pening
Darah x smp kepala kata orang

Smlm jgk boss izinkan aku balik awal 4.30pm
Katanya aku x perlu join meeting management

Pg nih mgkn hari yg paling baik
Gosok gigi bukan lagi nightmare

Apalagi yang mahu dikata
Selain syukur byk2
Allah makbulkan doa aku

Makan masih a bit picker
Deria bau masih sgt sensitif
Sabun cuci pinggan buat musuh
Belum memasak lgk

Esok bakal ditinggalkan en papa
Yg akan pulang ke Tganu utk mengundi
Dah lama tak kena tinggal
Sedih tau!!

Apapun t/jawab sbg rakyat Malaysia
Bukan kerja mudah
Jalankan t/jawab dgn amanah
Memilih yg terbaik
Utk warisan anak2 kita

Selamat mengundi kawan2
I/allah aku akan mengundi
Di kerusi panas
Parlimen Putrajaya P125

Ketetapan sudah tetap dihati
Insyaallah

Sehingga itu
Nak tepek gambar si Auni
Dgn baju hujan kak ain
Alahaiiii !!!!