Pages

31 January, 2013

Polisi Rumah Mampu Milik- luahan hati rakyat biasa!



PRU syndrome- comparison between PR/BN ..sigh!

rumah mampu milik
memang ada ler nampak kerajaan tgh fokus ttg itu
tapi tak praktikal

Lokasi
Nilai
Sabak Bernam
Sepang
Kuala Selangor
Jenjarom
Rawang
Seremban

kosnya anggaran RM50K-RM100K

pemilihannya ketat
memang khas dibina utk orang2 yang kurang berkemampuan atau kroni2 tertentu

tetapi....
dgn pengiraan kos jarak dgn tempat kerja yang jauh
kalo pukul rata
ramai govt servant yang kerja kat Putrajaya nak beli
tak ke haru tuh?
belum kira kos nak bayar tol kat konsesi lagik

takkan nak berenti keja
nak cari keja dkt tempat area rumah baru nak beli tuh
kena pulak tempat baru bukak
tempat jin bertendang

langsung tak praktikal!!

binalah berjuta unit rumah mampu milik pun
kalo faktor2 asas nih tak di telek betul2
tak payah nak tuding jari
polisi BN lebih baik dari PR
tak guna banding itu & ini
yang merana rakyat kat bawah nih..

kerajaan yang memerintah
mungkin kena mula polisi baru
penetapan harga rumah baru/subsale
ikut logik kawasan
dimana rakyat marhaen nih ada kuasa membeli
ini beli rumah 5 tahun lepas rega RM200K
elok owner nak jual jadi RM650K
this is truly ridiculous!

aku taknak bicara soal bisnes hartanah
tetapi kenaikan mendadak tanpa ada garis panduan
kerajaan memang kena telek satu-persatu
kalo perlu ada harga kawalan
ceiling/floor price- buatlah!
apa salahnya kan?

developer pun skrg main kotor
area rumah Amanputra
pakat naik sumer rumah 3 tgkt -terrace house jerk
tp siap swimming pool bagai kat tgkt atas
pakat letak harga paling bodoh RM750K

developer langsung tak pikir nak bina rumah kos rendah
dok pikir untung juta2
at least single storey house
double storey house
yang rakyat biasa mampu
letakler rega RM150K-RM260K
rakyat biasa yang bekerja dgn purata gaji RM4k suami-isteri
ini masih kategori mampu ..kalo mortgage repayment baru RM900-RM1K

sbg rakyat biasa
yang ada sedikit ruang utk speak up wpun kat blog sendiri
kerajaan kena main peranan yang bukan sedikit

-set ceiling/floor price for house ( new/subsale)
-buat guideline pada developer2 - bahawa mereka wajib membangunkan kawasan perumahan mampu milik selain sibuk membina perumahan status co-ELIT di tgh2 bandar nih..
-kawalan harga kenaikan bahan binaan
-standardised interest rate - impose lower rate utk property loan..
-permudahkanlah birokrasi nak beli rumah nih, jenuh kami nih nak hadap birokrasi yang bukan sedikit..letihlah!

Rumah ini merupakan keperluan asas
kalo ini pun kerajaan tak mampu nak provide kepada rakyat jelata
apatah lagi yang lain

rakyat tak mintak rebate beli handphone canggih
rakyat tak mintak duit belanja sekolah RM100

reasonablelah sikit tuan PM!!

siapa pun yang bakal memerintah kelak
bukan isunya
asalkan boleh buat kerja
do something for people
jujur, telus & amanah
adil & saksama

*baru berangan nak invest beli 2nd house,tp kena pikir panjang2 dulu.






30 January, 2013

Sindrom hujung bulan ;(

As usual sindrom hujung bulan
Nak wat closing
Nak mengadap fail bagai
Nak submit keja2 dr awal bulan
Buat sakit kepala

Dah 2 hr smp rumah kul 9pm
Mujur lohkong tapau mkn utk ank2
So blk rumah
Telek homework Ain
Iron bj sek Ain
Dan kemas beg sek Ain jerk

Pastuh kain bj bertimbun
Buat2 x nmpk
Kalo sempat esok-lusa
Kita lipat pelan2!!

Mcm nih ler keja aku
Hujung bln
Jln mcm x pijak bumi
Kerja byk

Jd bila hujung2 bln
Jd budaya pulak
Ramai yg suker order CHATIME
kononnya stress relieve

Tp mmg yer
Mujarab buat kami2 semua
Hehehehehe!!

Yg nih PURE COCOA WITH PEARL
ia adalah syurga dunia

:))

self claim as my one & only MASTERCHIEF :))



step by step of my chicken rendang

Rendang Ayam Pedas

Ini sahaja kot
yang boleh self claim
yang lain tak berapa nak pandai
sebagai my one & only MASTERPIECE
sila jangan muntah darah!

bagi aku
masak rendanglah yang paling senang
segala benda kena blend
segala benda campur sekali harung
tunggu kering
sedap asam-garamnya
taraaa siap!

meh aku tepek resepi ikut tekak aku
aku takde exactly - ukurannya kg/biji
sumernya stok agak2

bawang merah
bawang putih
halia
cili kering
serai
kunyit hidup

-sumer blend halus2

ayam 1 ekor- cuci elok ( aku suka potong kecik2, senang nak makan)
selalunya aku campakkkan ayam tuh dalam kuali
hidupkan api, ini untuk kecutkan ayam tuh
biar kering sikit
if not air ayam akan keluar masa nak masak rendang tuh
jenuh pulak nak tggu rendang kering
aku adalah malas menunggu

kuali yang lain
panaskan minyak sikit
tumis bahan2 yang dah diblend tadi
biar sampai naik bau
baru campakkan ayam tuh
dah agak2 serasi
masukkan santan kotak
aku guna santan 2 kotak yang kecik tuh

letak asam keping
letak garam/gula jika suka
jangan lupa kerisik utk bagi lemak lagik

dah elok masak
barulah masuk daun kunyit /daun limau
utk wangikan rendang itu
kalo nak keringkan sikit rendang tuh
tumbuk lengkuas sikit
campakkan jugak
i/Allah rendang itu akan kering sikit
tahan lama sikit kekdahnya!

so jangan takut mencuba yea
aku jenis suka makan
dan suka mencuba lebih2 lagi kalo ianya kegemaran aku
sampai bila nak merengek2 kat mak
suh masak..yea tak?

selamat mencuba

masa penyediaan : 1 jam

*tgh bengong wat closing hujung bulan, so tepek resepi2 semoga tak bengong sgt tgk nombor nih!!

29 January, 2013

Room service katanya !


aku tak pernah order room service
aku adalah kedekut
bilamana menginap di hotel sebelum2 nih
sebab utamanya kosnya yang melampau2
dan aku lebih prefer cari makan kat luar

tapi baru2 nih
masa menginap kat Shahzan Inn
kami adalah kebuluran
dan nak keluar cari makan adalah sgt malas
dgn jalam jammed - kalo mereka2 yg biasa dgn Kuantan
sure tahu ini adalah bandar one way ok!

so try order room service
tapi pilihan menu adalah sgt terhad
so order nasi goreng kampung
dan set sup ayam+ roti garlic

after 50minute baru smp bilik
nasi goreng itu adalah sgt pedas
memang kanak2 tak leh makan
yang sedap hanya sup tuh jer kot

hancur lebur RM39
utk dua makanan nih sahaja
tepuk dahi!


nasi goreng kampung- RM22



Sup Ayam + roti garlic- RM17

takdelah sedap sgt makanan hotel nih
harap mahal jer lebih
baik  merajinkan kaki gi cari makan tempat lain

tapi mungkin ada yang suka
dan tak kisah belanja mahal2

utk aku, rasanya tak kos efektif
nak suap 4 mulut
so tak puas nak makan

apapun sekali-sekala
bolehlah yea
kalau selalu
sila pengsan dulu!!

mama bukan kerja cop duit yea anak2

1st baking after 33y/o - Puding Roti

orang lain pandai macam2
aku nak baking puding roti jerk
kecoh macam nak wat pavlova kekdahnya

2-3 hari telek resepi dalam google
macam2 version ada
tapi as usual
aku akan cari versi paling murah,mudah & cepat
bab mengelat no wahid

jadiler utk tekak anak beranak
anak2 kata sedap
lohkong kata sedap
cukupler buat senang  sejuk hati mama

meh aku tepek resepi
utk mereka2 yang x pandai baking macam aku
utk yang dah pro- tak payah rujuk sini ler

bahan2
roti 4 keping
esen vanila
butter
telur 2 biji
susu cair 1 tin
gula 4 sudu
kismis

cara2
mula- potong roti2
sapu butter dan susun dalam loyang pembakar
dalam masa yang sama panaskan oven 180c
mangkuk yang lain-telur+esen vanila sikit+susu cair -kacau sampai sebati
lepas tuh curah atas loyang tadi
tabur sikit kismis kalo suker
dan boleh dibakar 30minit (atas-bawah)

kalo rajin wat ler sos kastad sekali

susu tin cair + gula 2 sudu +tepung jagung 2 sudu
didih sekejap atas dapor
sudah siap utk dimakan!!

selamat mencuba!
puding roti hasil tanganku !



28 January, 2013

Short retreat -SHAHZAN INN KUANTAN

Misi utama
Pg wedding bff
Tp as usual
Sambil menyelam minum air

Berehat sebentar
Bersama knk2

Tp sbb x pre-book hotel bagai
Kami main aci redah shj
G SHAHZAN INN
betul2 tgh town
Rate RM 139 utk deluxe

Ada pool
Ada breakfast
Just worth it lah dgn kosnya

Yg ptg2 ank2 enjoyed to the max
Kalo ikut family budget
4x setahun
Bercuti murah2
Bercuti dekat2
Jadiler kan!!

Next trip
Family vacation cuti sekolah bln 3 nanti
Diikuti dgn trip ke Sabah bln 9
insyaallah,yg terakhir cuti sekolah hjg thn nanti

Bercuti itu penting
Kurang2 release stress
Mengadap jammed kat kl nih







27 January, 2013

Selamat Pengantin Baru sahabat

Biar besar mana pun kita
Buruk mana pun kita

Jodoh itu kurniaan Allah

Itu rahsia Allah

Dan bila tiba waktunya
Berkahwin & bermuafakatlah

smg hidup rukun damai
Dunia & akhirat

Selamat Pengantin Baru
Sahabat

Yulida Ghazali & Azhha







25 January, 2013

marahkan boss, tgk gambar anak- petua paling berkesan untuk redakan kemarahan!



sebenarnya tgk gambar makanan, lebih mujarab kot!!

meroyanlah boss
janji 3 hari aku takkan jupe ko dah

hopefully hari selasa
hilanglah sakit meroyan ko tuh!!

kalo meroyan benda ada asas
meroyan ikut pukul rata
takdelah aku stresstensi sgt

ini meroyan ntahapapa benda
sumer benda nak sebut
sumer benda nak cuit

aiyokhhh!!
aku rasa dia memerlukan self anger management therapy,course , duhai boss
mari kita check department budget

"boleh tak saya submit nama boss saya untuk kursus sehari "anger management"

tumpang stress dgn boss sawan!!


jika berNAZAR

wikipedia :-
Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

hukumnya WAJIB

kalo terlupa tentang nazar kita :-

1-Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.


2-Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3-Memerdekakan seorang hamba

4-Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

makanya kalo kita terlupa tentang nazar yang pernah kita niatkan

jadi kena buat ikut turutan :-

kalo x mampu bagi 10 orang miskin makan (makanan yang biasa kita makan sehari2)- proceed bagi pakaian kpd 10 org2 miskin -kalo still tak mampu- bebaskan seorang hamba ( mana pulak nak cari hamba zaman sekarang nih kan ) jika ketiga2 kita tak mampu buat - maka BERPUASAlah kita 3 hari berturut2

jadi jangan suka2 BERNAZAR
kalo tak mampu nak pikul tanggungjawabnya nanti

Surah AL MAIDAH ayat 89

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

-peringatan untuk diri sendiri sebenarnya-

salam pagi Jumaat
selamat bercuti panjang kawan2

insyaallah, esok akan ke Kuantan
utk wedding BFF

:))







22 January, 2013

Proses Pembelian Rumah 2nd hand-sekadar perkongsian pengalaman- PART 2


wishlist no 10  -rumah banglo setingkat -sila percaya!!

antara hit tertinggi utk blog cabuk aku nih
kisah pengalaman aku membeli rumah sub-sale
yang berjaya aku beli pada tahun 2011
boleh check dekat sidebar- yang paling atas sekali
edisi malas nak tepek link

aku terima banyak sgt personal email
banyak jugak yang tinggal komen
kalo sempat memang aku baca & aku jawab satu-persatu
thru email pun sama
kalo sempat memang aku cuba reply
aku tahu betapa seksanya
nak mencari jawapan
kalo kita dok godek thru google

entry ini sekadar berkongsi pengalaman aku shj

banyak soalan yang kawan2 tanya ;

1) Tempoh sign S &P mengikut undang2

-ada kes yang owner sesuka hati paksa kena sign S&P dalam tempoh 2 minggu - kegagalan akur mungkin akan melibatkan -duit deposit 3% hangus begitu shj.Ini selalunya melibatkan direct OWNER yang tak guna agensi-diorang suka2 buat undang2 sendiri hanya kerana mereka itu OWNER @ jugak kes OWNER yang nak menganiaya pun iyer jugak.

-kes aku: kami deal dengan agensi-sumernya tertakluk pada undang2.Kami bayar 2% deposit, start cari loan rumah guna SNP owner yang lama-dah dapat loan, sign LO dgn bank, baru draft SNP dgn pihak lawyer- total masa allocated adalah 21 hari BEKERJA-weekend tak kira, public holiday tak KIRA..so fair for both side.memang masa memang cukup utk dapatkan confirmation Loan, draf SNP & sign for both side.

2) VALUATION GOVT & SWASTA -mana yang lebih BAIK?

-disebabkan aku & suami amik loan dari BIMB - makanya valuation done by private valuer.Alhamdulillah, valuer BIMB valued rumah kami lebih tggi dari harga yang owner jual-siap offer full loan + mark up 20%- tapi kami suami-isteri bincang- takperlah..just amik loan 90% dari harga rumah - just nak save utk monthly installment kan..

-banyak rungutan mengatakan valuer JKR - terutamanya utk mereka yang guna govt loan- selalunya meletakkan valuation lebih rendah dari harga jualan..let say harga jual RM200K - valuer JKR valued RM170K sahaja..nak tak nak kena tambah RM30K utk top up loan ..kalo ada duit berlebih2 mungkin takde masalah, kalo yang takde..ini memang BERMASALAH..Jika nak tukar kepada loan swasta yakni BANK- membuang masa & menambahkan kos lain.

3)Penangguhan dokumen dari pihak owner/bank owner - dan masa terus berjalan !!

-aku jugak mengalami masalah yang sama, dimana dokumen untuk settlement loan dari pihak bank owner berlarutan begitu lama, dengan itu BIMB tak dapat nak proceed untuk bayar kepada pihak Maybank( bank owner ) baki hutang rumah tersebut.Memang aku susah hati jugak, sbb masa terus berjalan.Bila aku suarakan kepada pihak lawyer kami- lawyer memberitahu KEGAGALAN PIHAK OWNER/BANK OWNER menyempurnakan DOKUMEN yang diperlukan - tidak akan dikira dalam pengiraan PENALTY.

Hanya let say dokumen dah lengkap dari pihak owner , tetapi pihak buyer pulak yang SLOW wat keja- itu baru akan dikenakan PENALTY.-jadinya selama mana kita menunggu Dokumen dari pihak owner lengkap barulah pengiraan tempoh disbursement tuh bermula yakni 3+1 BULAN..

-Kesimpulannya- jangan susah hati..selagi mana kesilapan itu bukan berpunca dari pihak Pembeli..

4)Pinjaman BANK/ KERAJAAN- mana lebih baik ?

-Utk pekerja govt- for sure nak fully utilise kemudahan pinjaman perumahan kan..sumer nak kan flat rate interest tuh betul tak?

-tapi kes aku & suami- kitorang proceed BIMB islamic loan- setelah mengambil kira betapa rigidnya process loan gomen nih..dan terseksa dgr valuation dr JKR & jugak kami rushing with time..Kami taknak sangkut lama sgt dgn process nak dapatkan loan .

-Kami jugak dah berjaya dapatkan loan dgn flat interest rate- means not fluctuate due to economic condition- memang tetap smp habis tempohnya..4 % jugak..Banyak jugak kos lain yang BIMB tanggung,So memang tak nampak any good reason to opt for govt loan..

-Rasanya kena tepuk dada tanya selera- tapi adviceable utk sub-sale property nih- amik loan bank lebih mudah..Dan yang paling penting- pegi pusing sumer bank,kebanyakan bank ada guideline yang sama utk pembiayaan hartanah cuma ada few bank yang akan offer added value service.Eg: legal fee FREE


5) LAWYER -any recommendation?

-aku tak berani nak recommend mana2 lawyer- sebab last time kes aku- a bit slow jugak :(

-pendapat aku, pegilah cari lawyer yang tak high profile..so diorang nih keja kurang sikit, biar takde nama gah pun as long as keja cepat, tangkas & on time.

-kebanyakan lawyer bagus , cuma mungkin diorang nih overload dgn fail - banyak sgt client..kadang2 mmg tak terkejar dgn masa

-tapi let say dah terHIRE lawyer buzy giler babas- ini mmg kerja kita utk follow up sampai dia tak larat nak layan kita dah..

kita bayarkan!!

mungkin 5 isu nih dulu aku jawab
kang aku rajin aku tambah lagik

utk yang nak bertanya
boleh send email

mamawicah@gmail.com

mana yang aku boleh tolong
aku akan tolong

in shaa Allah

ini antara link bank info yang menarik untuk dibaca
sila klik sini

mana tahu membantu

pesanan khidmat masyarakat :

jangan dengar membabi buta
jangan percaya buta2
cari,godek ilmu membeli rumah nih
jangan kita jadi insan2 teraniaya nanti

selamat berjaya!




adik tak sakitlah, mama !



dia kata dia tak sakit :(

start ahad lagik
batuk teruk
running flu
kali nih tak demam pulak

tapi as usual bila nak tido
batuk makin teruk
meragam tahap maksimum
kita yang menjaga pun runsing
apatah lagi dia yang menanggung

semalam hantar jugak g taska
sbb baru sgt EL 2 hari mggu lepas
x mo boss meroyan lagik
itupun sbb nampak dia ok
mahu makan, xde insiden makan-muntah

balik keja semalam
lohkong bagitau macam dia batuk teruk
pegi tanya Auni

"Auni ok x/"
"Adik tak sakitlah, mama..adik sihat nih "

lepas tuh..batuk kong.kong..kong

comel sgt2
bagitau dia sihat
sedangkan batuk bukan main teruk

bawak g klinik
utk penderita asthma seperti anak aku
wpun ubat ada standby kat rumah
tapi usually bila start batuk teruk macam tuh
aku memang akan bawak klinik utk check dada

sampai klinik,doktor senyum panjang nampak Auni
haiii ler adik..macam2 hal

check dada
GP kata "bunyilah puan "

as expected

amik neb
15 minit

dapat ventolin syrup
dan bromexhine utk kahak

Mlm td tido lena smp ke pg




21 January, 2013

PERCUMA konon2 !!

RM100 seorang katanya!!

kalo dulu
mak -pak kita still struggled
nak sekolahkan anak2
yuran kena bayar
buku sekolah tetap beli
ada pulak skim pinjaman buku teks & bukan semua layak pulak tuh
yuran periksa pun kena bayar jugak
tak pernah lagik tak bertukar baju sekolah saban tahun
tetap jugak merasa pakai kasut, beg sekolah baru

tak ada yang percuma dulu
mungkin dulu kerajaan tak mampu
nak sediakan pendidikan percuma utk kita

tapi sebab kesedaran mak-pak kita
yang ilmu itu boleh beli segunung emas
mereka tetap bersusah payah - simpan dari awal tahun dikit2
misi mensekolahkan kita sebaik mungkin
biar berilmu bukan jadi kutu

sekarang sumer serba mudah
sumer percuma
yuran percuma
buku teks percuma- tak kira ko kaya @ tak
yuran peperiksaan dah lama mansuh
dapat lagi duit percuma kerajaan bagi RM100 duit belanja sekolah kekdahnya
dok counter- offer lagik masa mesyuarat PIBG
bila nak wat penetapan yuran PIBG yang wajib dibayar
utk setiap murid/keluarga
kalo kena bayar RM50- melenting macam nak terbang kerusi-meja
RM50 setahun jer kot
ada sekolah yang budiman
mengamalkan jika ada 2 beradik dalam 1 sekolah
ibubapa hanya bayar RM50 shj

aku pernah diberitahu
fund PIBG sekolah cina
menjangkau juta2 jumlahnya

sebab apa?
sebab orang Cina nih tahu
diorang invest untuk masa depan anak2 mereka
menyediakan prasarana yang sempurna
malah lebih baik daripada yang ada
kelas ada aircond ok!
utk siapa , kalo tak untuk anak2 masing
sebab tuh jangan terkejut bila masuk sekolah cina
prasarana mereka mmg tip top
saban tahun tambah bangunan baru

yang menjadi mangsa atas segala PERCUMA nih
adalah guru2 sebenarnya
mereka terpaksa keluarkan duit gaji masing2
pg fotostat apa2 yang patut
beli plastik sampah kelas pun guna duit cikgu yea
kuar duit beli peralatan utk anak2 murid
beli itu & ini-kos yang ibubapa lain tak nampak
beli cartridge printer yang bukan murah reganya
sebab printer kat sekolah adanya mungkin 2 bijik
nak guna - queuenya panjang berjela
belum lagi bab anak murid takde buku tulis
cikgu2 kuar duit tolong beli
supaya anak murid tuh ada buku nak menulis

kamu-kamu-kamu
tahu berapa gaji guru ?
starting at RM1916++ utk DG41
takde overtime wpun sokmo keja lebih masa
nak hidup dgn anak bini
menyewa bagai- kuarters guru kat KL - bercinta nak dapat ok!
bayar kereta itu - ini
berapa yang tinggal untuk bernafas sampai tggu gaji bulan depan pulak?

sebab itu pendidikan yang serba percuma ini
aku rasakan tidak wajar
kalo kebanyakannya membebankan pada pihak guru2/sekolah sendiri
utk cikgu2 pasti tahu
berapa sangat allocation kerajaan utk setiap sekolah
selebihnya sekolah kena cari sendiri
itulah datangnya acara WALKATHON,MARATHON
jumble sale itu - ini
jual t-shirt sekolah- mark up rega rm1 sehelai
jual name tag anak2- mark up 0.50sen
inilah funding utk anak2 kita guna nanti

kadang2 kita dok bertepuk-tangan dgr pengumuman
percuma itu & ini

realitinya hanya segelintir pihak shj yang tahu

saya menyokong 100% pendidikan percuma
jika kena pada tempat & caranya

-ramai ibubapa beratur amik wang pendahuluan belanja sekolah RM100 hari nih..rasa2 ramai tak muka2 yang sama berasak2 ke mesyuarat PIBG nanti, takpun masa collect Report Card anak2 ?

we'll see

moral of my rambling

aku bekerja utk masa depan anak2ku, apa shj yang perlu utk pendidikan mereka-sila jangan BERKIRA itu & ini..

cikgu2 kat Msia

terima kasih banyak2
anda memang berjasa dunia & akhirat
semoga Allah yang dapat membalas jasa kalian kelak










dulu apa pun takde !

Siblings quarrel!



anak2 dara saya :)

bergaduh
bersaing sesama sendiri
berebut barang yang sama

sorang kaki provoke
sorang pantang kena provoke

sorang cengeng-suka nangis-
sorang lagi cengeh- garang-

kadang2 baik sgt2
kadang2 langsung tak boleh bertemu muka

ada masa baik
ada masa tak berapa nak baik

isu paling suka buat gadoh

-berebut ipad
-bersaing siapa lagi baik,lagi bagus,lagi cantik,lagi pandai, lagi itu, lagi ini
-berebut mainan wpun berkotak2 mainan ada kat rumah

kadang2 memang sahaja biar diorang bergaduh
dan masing2 cari jalan penyelesaian
selagi tak melibatkan kes2 tarik2 rambut
atau pukul-memukul

a part of growing lesson

-negotiation skills
-problem solving skills
-give & take
-forgive & forget

usually anak2 nih
memang cepat marah
cepat angin
lebih2 lagik si Auni
tapi a good things

diorang nih cepat sejuk
cepat lupa

and usually end up with hug each others

they love each others to the max

orang kata ramai anak perempuan

-banyak baju
-banyak kasut
-banyak drama

tak kisahlah , ini rezeki Allah bagi
anak2 itu amanah

doa banyak2 semoga anak2 menjadi anak yang solehah
yang hidup utk memberi manfaat pada orang lain
yang berjaya dunia & akhirat

amin



20 January, 2013

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE KITCHEN,BANGI

Tetiba teringat
Aku lupa nk tepek citer mkn2
Dgn family bulan lepas

Kitorg gi makan
Kat WISH,bangi

Verdict- the food was marvellous
Place -cosy tp full house that day
Price-murah sikit dr TGIF
Portion-big
8/10 kalo aku bg rating

That day
Order mcm2 jenis

Rib eye steak
Seafood chowder
Grill chicken steak
Tenderloin steak
Carbonara steak

Dan byk lg yg x smpt nk tgkp gmbr
Dah mknn lebih seronok dihadap dpt bz tgkp gmbr!!

Utk mereka2 pengemar makanan barat
Tp ragu2 ttg halal-haram
Nk cari yg harga murah
Tp berbaloi2
Sini mungkin sesuai utk dicuba

Tetiba lapar!!

Sila google
Malas sggh nk tepek link



19 January, 2013

Hijau 2 !!

Cantik kan?

Gigih buat muka x malu
Mintak kat jiran cina
Sblh umah mak

Kalo elok tumbuhnya
Aku bgtau

Eksperimen sulung
Excited luar biasa !!

18 January, 2013

HIJAU !



apa nama pokok nih..??

motip tepek gambar pokok nih?

sebab aku ternampak ianya tumbuh wpun masih renek
betul2 tepi longkang kecil depan rumah aku

pokok apa?
wallhuallam bswb

memang failed bab pokok2 nih
even aku mmg takde masa nak belek pokok2 area rumah
kalo ada pun sumer hasil tangan bonda terchinta

tapi pokok2 wajib ada area rumah orang melayu nih

-serai
-daun pandan
-daun kesum

tapi kata orang
baik berbudi pada tanah kan?

teringin jugak nak bercucuk tanam
kalo ada masa

tak mo tanam pokok bunga
nak tanam sayur
sesak2 boleh save duit beli sayur

dasarrrr kedekut
till then happy weekend
jom kita menanam utk hijaukan bumi

jom!!

17 January, 2013

Ain oh Ain!



pengsan awal pukul 830pm


bangun pagi 630am
siap2 breakfast wajib
hantar rumah jiran kul 7am
sbb dia mogok xnak naik van taska dah

kul 730am dia g sekolah agama
aku bekalkan duit belanja RM4 sehari
botol air-pagi2 ada air teh
utk bawak sekolah kebangsaan-letak air masak jerk
balik sekolah agama kul 1130am
makan-mandi rumah jiran tuh
kul 1pm jiran hantar g sek kebangsaan

balik sekolah kebangsaan kul 610pm
lohkong amik
mandi & makan siap2
kali nih mmg mintak tolong papanya siapkan makan utk dia dahulu
sbb mama baru nak btolak balik rumah masa nih
sampai 730pm dia akan mula buat homework
dah siap homework
mintak susu sebotol
still minum susu si kakak nih
tepuk dahi!!

akan kepengsanan tido
paling awal semalam 830pm
sementara menunggu aku
yang kalut jemur kain baju
masak dinner merangkap lunch lohkong utk hari nih
ralit2 kul 9pm baru dukung anak naik bilik

bertabahlah duhai anak
dulu mama pun macam kamu jugak
cuma lebih tragisnya
mama pg sekolah jalan kaki
balik sekolah jalan kaki
panas terik
hujan ribut
hadap jugak

pandai2lah bajet duit belanja RM1 seharik opah bagi
0.50sen sekolah agama
0.50sen sekolah kebangsaan

pengalaman perit itu yang menjadikan siapa mama sekarang
mama bangga jadi orang susah

semoga dgn segala kemudahan yang mama/papa berikan skrg
lebih memotivasikan kamu
jadi anak yang berjaya dunia & akhirat

anak2 sekarang terlalu manja kah?
atau mak-pak spt aku dan suami
yang tak mahu anak2 melalui apa yang kami lalui dahulu..

apapun sebagai ibubapa
aku masih mengamalkan budaya memberi jika itu perlu
belum sampai tahap manjakan anak
jika dia buat salah- memang kena denda
jika dia nak apa2 mesti ada sebabnya

hidup kita takkan dapat semua benda yang kita mahu

itu yang selalu aku bagitau dia!

moga2 dia paham..