Pages

31 December, 2012

31-12-2012

si buah hati


just quick update

utk penutup 2012

sepatutnya aku up entry summary 2012
im still work on it
tunggu!

itu adalah penting
untuk catatan peribadi aku

still struggling with coughing,flu & fever
doakan kami sekeluarga cepat2 sembuh

Selamat Tahun Baru 2013
dr aku & keluarga
semoga lebih sihat dari tahun ini
semoga lebih murah rezeki dari tahun ini
semoga lebih happy dari tahun ini
moga2!!

utk semua yang selalu singgah sini
doakan semoga aku akan terus RAJIN berblog tahun depan
doa2 yek..

amin..







28 December, 2012

penutup sakit 2012

Gambar: Sakit2 pun still nak main lego!mmg hantu lego
sakit2 pun masih nak bermain tuh!gambar semalam di Klinik An Nisa TPP


sejak selasa lepas
si Auni demam panas
39 degree
makan pcm turun 2-3 jam
and then naik semula temperaturenya

flu- baru recover semalam
as usual datang pulak batuk
ini mmg pakej -buy demam : free flu + batuk
malam tadi mmg huru-hara
auni batuk yang amat sgt

mmg kena check dada
kemungkinan besar bakal dapat lelahnya semula
last attack bulan puasa hari tuh

semalam hubby terchinta pun start demam
langsung tak berbunyi2 dah
tak bercakap2
melepek tido
hari nih pun x attend keja
tido aje..

sbb itu Allah tak bagi sakit bersalin pada orang lelaki
sakit demam pun melepek macam apa lagik
apatah lagi sakit nak bersalin

dan aku
batuk semula
baru elok 2mggu
datang balik- malam2 susah nak tido
ini gara2 belasah durian kat kampung baru2 nih
padankan muka sendiri

tgh pening dgn Auni
biasalah budak2 sakit demam nih
cuma perasan Auni mmg tak tolerate
dgn normal antibiotik yang jenis makan 3x sehari tuh
mungkin sebab umur 4 bulan Auni dah diberi antibiotik kuat oleh paed Tawakal Hospital
macam Azythromycin,Augmentin,Zinnat
recall kes Auni umur 4 bulan -pneumonia 2nd degree

susah hati sebenarnya
dah m/mana nak terangkan pada GP ttg kes Auni nih

esok mungkin opt utk check darah Auni
wpun dgr kata Dr -kalo demam sekali batuk & flu
selalunya bukan kes denggi
tapi still kena g amik darah
takut kes lama - high white cell count ke
nauzubillah !

just now taska called
terus tak senang duduk
cepatlah pukul 4pm

nak balik
nak telek
nak kelek budak kecik bertuah itu

kamu memang anak bertuah , Auni !!

*kali terakhir Auni warded tahun nih adalah bulan 3 rasanya due to HFMD- record agak baik compared 2 tahun lepas.

27 December, 2012

banjir,aku & bossy boss

sebagaimana yang aku bagitau sebelum ini
aku travel back to back KT-KL-KT
sbb attend wedding adik ipar
pada 25/12/2012 lepas

as usual cuaca mmg sgt buruk
hujan lebat
tak berhenti2
rasanya 96jam non stop
even wedding berlangsung pun hujan lebat

petangnya pukul 5pm
bersiap2 nak balik KL
even tahu ada beberapa jalan
yang bakal kami lalu
iaitu Sg Ular,cherating- jalan tutup sebab banjir
kami tawakal jugak

sbb nak keja esoknya
sampai aje Bkt Kuang -keta banyak giler
jalan pelan2
20km/j kot

redah lagik..smp Chendor- keta bersusun2
slow moving
sini lagik lawak 10km/h

hadap lagik
ini mmg kamikaze betul
nak balik punya pasalkan..
at last smp depan Impiana Resort Cherating
keta punya tak bergerak
malah rasanya 5km depan keta amat banyak

dgn Auni yang demam panas tiba2
reach at 39.0 degree celcius
mmg buat huru hara jugak
bincang dgn papa- baik kita patah baliklah papa
cari hotel mana2
sementara nak tunggu esok

pg Impiana tanya rate bilik paling biasa RM298
so disebabkan bukan nak dtg dok hotel utk cuti2
pg carik hotel dekat kemaman
itupun banyak yang penuh
at last tido hotel nama Pok Eng Tin
bersih,berpatutan -easy access
RM128 utk 2 queen size,wifi
cuma tak best sbb xde lif

sebelum tuh melilau carik klinik
sbb temp badan Auni tinggi sgt smp 39.0
tapi kebanyakannya tutup
mungkin sbb waktu dah pukul 10pm
atau cuti sbb krismas
wallahuallam bissawab
last resort- g farmasi beli pcm & sub pcm

pegi pulak pasaraya SAKAN
beli baju sepasang sorang anak-beranak
reason - baju mmg takde masing2
dok kg 4 hari- x sempat nak membasuh baju
dah hujan tak berenti
masa mana baju nak kering plak

masuk bilik hotel
masing2 kepenatan tido smp ke pagi
aku jugak yang kejap2 terbangun
sbb monitor temperature Auni
pujuk makan ubat
dia pulak merengek2 jer
dah lama x demam-sekali demam meragam boleh tahan!

semalam air mulai surut
tgk website MKN
banyak jalan yang sudah dibuka semula
cergas bangun, bersiap, mengemas bagai
cabut balik kl pukul 930am
smp rumah kul 2pm
itupun sbb singgah klinik bawak Auni

apapun ini semua pengalaman
biar kaya pengalaman

moral of the story
utk bakal2 pengantin
silalah pilih tarikh kawin janganlah smp terkena musim tengkujuh
aku adalah serik!!




ini bukan romantik lagik..ini tragik..


*pagi2 nih boss yang tak bertamadun @ tak kenal tgk berita/baca newspaper nih INQUIRY pasal cuti kecemasan aku..suka hati ler boss..nak approve @ tak..tak de niat nak menipu pasal cuti sehari, aku tak rugi apa2 pun!percaya @ tak - its up to you boss..kalo betul niat nak memonteng sekalipun..tak perlulah aku bersungguh ulang alik book AA semata2 nak keja hari Isnin tanpa apply cuti lgsg,kalo mcm nih cara tak tau nak appreciate staff, komitmen staff -bekerjalah ko sorang2.buatlah closing sorang2..aku taknak hadap dah!!rasa nak MEMONTENG sampai Tahun Baru..biar ponteng sunguh2!! kan?

saya adalah NO MOOD :(

24 December, 2012

KT-KUL-KT

depan gate c-Lapangan Terbang Sultan Mahmud

ini gambar yang aku snap semalam
setelah stress dgn AA flight yang delay dr KT-KUL
semalam mmg kacau bilau hidup aku

sebenarnya sabtu lepas
aku & family balik Terengganu
adik ipar nak kenduri kawin 25/12 nih
so balik awal- utk preparation kekdahnya

tapi memandangkan aku tak boleh bercuti hujung2 tahun nih
keja utk hujung tahun adalah sgt banyak
tuntutan/komitmen mmg xleh nak buang ke tepi
so aku book tiket AA utk pg balik
dr KT-KUL-KT
malam tadi aku bertolak dr KT kul 9.30pm
anak2 tinggal sama lohkong kat kg

nak dijadikan cerita
sejak aku sampai Terengganu
rasanya 36jam hujan tak berhenti2
siap banjir kilat rumah mertua
jalan besar nak ke KT dr Dungun
mak aikhhh air naik

suami yang menghantar ke airport pun terpaksa slow down
sbb hujan lebat
tak nampak jalan
kereta bersusun2
elok pulak masuk jambatan pulau duyong -jalan jammed
nauzubillah!!

kemujurannya sempat check in pukul 8.10pm
kelam-kabut solat dalam departure hall tuh
nasib baik ada surau, toilet bagai

sampai LCCT -adik dah tunggu
alhamdulillah !

pagi nih gi kerja
boss tak masuk lagik
dok email dia mintak pelepasan awal sikit
nak mengejarkan flight dr KUL-KT pulak

ini pun x sure dia lepas ke tak
adoikhhh!!

malam nih flight pukul 8pm dr LCCT
hopefully takde kes delay bagai

sekarang dok intai2 website ERL
katanya ada perkhidmatan terus ke LCCT
dr KL Sentral-Salak Tinggi
pastuh naik feeder bus dr Salak Tinggi tuh
kosnya RM12.50

ada sesiapa yang pernah guna perkhidmatan nih?
sbbnya aku nak tau jangka masa naik feeder bus dr ST tuh berapa lama?

apapun doakan aku yek
semoga boss lembut hati nak release aku awal
semoga flight tak delay
semoga aku sempat sampai LCCT sblm gate tutup

moga2 perjalanan selamat

takde kes macam semalam
heavy air turbulance
due to bad wheather

semalam - aku mengucap tak berenti2
punyalah takut
punyalah seram

kalo sampai ajal pun
janganler sampai kes pesawat terbabas,terbakar dsbg

simpang malaikat 44
nauzubillah!!

21 December, 2012

hitam atau putih ?



rezeki bergolek2 jangan ditolak
musuh jangan dicari

senyum lebar :))

tq lalink :))

19 December, 2012

kita PENGGUNA bijak kan?

ini pendapat peribadi
tak semestinya betul
tak semestinya salah


baru2 ni ramai yang share status kat Fb
tentang harga mencekik darah iCITY
ramai jugak yang komen begitu-begini

bagi aku isu taman tema yang mencekik darah
bukan isu baru
malah bertahun lamanya still mencanak2 reganya
bukan sahaja iCITY
malah banyak lagi taman tema
sunway lagoon,desa water park,bukit gambang,genting highland
just named a few example

nak masuk rega lain
nak simpan beg lain rega
ada pulak yang jenis one time entry
kali kedua bukak locker-kena masuk duit lain pulak
makanan-minuman jangan cakaplah
mahal yaa ampun
nasi ayam kat Sunway Lagoon -cost nearly rm20 per plate
air milo rm7 secawan
dan as visitor- no outside food is allowed !

but still ramai orang pergi
and then complaint about harga mahal nauzubillah
bussiness owner still bertambah kaya
dan bertambah tamak haloba
adding a few attraction macam snow house
letak lagi rega entry merepek-meraban
still penuh jugak!

bagi aku
sebagai marhaen jugak
ini harga yang perlu dibayar utk seronok2
but stilllllll.........
kita berhak memilih
guna kan hak kita sebagai pengguna

aku pegi jugak iCITY -tgk lampu liplapliplap
w/pun kak ain mengamuk meroyan nak masuk snow house
aku wat bodoh jerk
bcoz what..aku tahu for sure harga tak masuk akal!

aku tak kata aku menyebelahi mana2 pihak

bagi aku- ini bussiness minded
they build a place with huge capital
they hired a lot of staff- kena bayar gaji jugak
they need to pay for maintenance every month
they also running bussiness to make a lots of profit
they tied with rules & regulation
they has to pay for others miscellaneous which is we also dont know what is that?
and the list is never end

disini peranan kerajaan sebenarnya
atau pun kerajaan tak berhak campur tangan
itu tak berapa nak pasti

kerajaan perlu main peranan
utk penetapan harga
kalo perlu harga kawalan -kawallah
kalo perlu pantauan harga-pantaulah
tiket,makanan & peralatan dsbg

tapi tak tau pulak kalo pemantauan harga
utk premis peribadi yang berlesen
kerajaan tak berhak masuk campur

wallahuallam bswb

tapi untuk sementara waktu ini
rasanya banyak lagi tempat menarik
yang tak memerlukan belanja yang banyak

cari deal murah2 dalam online

atau pun beli inflatable flute yang besar tuh
bentang depan laman
mandi anak beranak

kan?
macamana ada berani ?


peace!!










18 December, 2012

macam2 SEMALAM

:))



semalam pagi2 sblm subuh  

pukul 4am isnin
terbangun sbb lohkong kejutkan
katanya alarm kereta berbunyi dgn kuat
dia ajak teman turun bawah
let say konon2 kalo betul ada orang
aku leh back up dia
muahahhaha!

giler seram disitu

kronologinya
lohkong terdengar bunyi motor depan rumah
suddenly alarm keta aku berbunyi

mujur bila turun
mereka yang tak berkenaan tuh
dah cabut larik kot
sbb alarm kuat bunyinya!

phuhh seram!!

semalam pagi 930am

beria siap2 pg keja
tapi at last aku MC
diarrhea
rasa nak merangkak sakitnya
giler azab

mmg worst case scenario betul
telan air garam
telan ubat angin
telan ubat berhentikan perut memulas

still berlarutan smp hari nih
but still nampak recover sikit
berbanding semalam

pagi tadi

pukul 5-6am kot
boleh termimpi "aku sedang sarat mengandung"

pagi2 dalam keta
bagitau lohkong

sampai opis google dulu tafsir mimpi

yang paling best tuh
"nak dapat wang kekdahnya"

chaiiit!!!
kan gaji
kan bonus

tepuk kepala laju2!!

ada sapa2 nak belanja aiskrim gelato MV ?
perempuan mimpi mengandung adalah mengidam!

ahaks!


cuak!

Gambar: Tak sabar nak sekolah.dok try baju sekolah k.ain!
auni try baju kak ain :))

campur tolak tinggal 2 mggu lebih
kak ain nak masuk sekolah
mama punya cuak jangan cakapler
siap nightmare mengigau tetiap malam

dont know how to tell you this

seriously sangat cuak
sangat paranoid
teringatkan hari2 yang tinggal utk kak ain masuk sekolah

kak ain sgt excited
tetiap hari try baju sekolah
tetiap hari belek stationery dia
tetiap hari tanya lagi berapa hari nak mula sekolah?

ikutler orang nak kata apa
mama is over protected ke apa ke..
anak aku kan!!

this is truly undefined feeling

risaunya mengalahkan anak nak kawin

aiyokhhh!!








16 December, 2012

THE HOBBIT- a must watch movie for 2012

Gambar: Hobbit time
pose wajib ala2 Drdaddy..hahahaha

ingat post sebelum nih
aku meroyan nak tgk The Hobbit
bertambah meroyan tgk DrDaddyZZ selamat tgk pun

so sebelum aku bertambah meroyan
semalam pg2 buta mengadap online
book tiket thru online
g tgk slot pertama pukul 11am
kat GSC Alamanda
itu yang terdekat dgn rumah
20 minit driving shj

bertabah ajelah kelek kanak2
apapun kanak2 mmg banyak bertanya itu & ini
tapi setelah dirasuah dgn toys
semuanya memberi kerjasama dgn baik

mama dapat tgk movie dgn aman
si Auni siap bantai tido dalam tuh lagik

verdict

utk semua LOTR TRILOGY FANS
ini memang truly recommended
aku bagi 5 star!!

sila berduyun2 ke pawagam
semalam pawagam adalah FULL HOUSE
dan mostly tgk ramai jugak parents sawan macam aku ikut bawa anak2 semalam

for sure ada sambungan The Hobbit
next year x-mas

wah...this is truly madness!!





14 December, 2012

1 LIKE 1 PENAMPOR :))

sengal!!

sejujurnya aku tak tgk pun games Msia vs Thailand semalam
reason valid :-
taknak sakit jantung
atau tetiba BP naik mencanak2
atau tetiba takde suara pagi nih

tgk hubby yang meroyan sorang2
pun aku dah faham
betapa hancurnya games semalam

baik aku layan kanak2
main ipad
sambil layan Fb semalam

tapi yang membuatkan aku mengekek gelak sorang2
bila ada satu fan page bola
upload picca Referee bias nih semalam
tajuk- 1 like 1 penampar
tukang like berpuluh ribu kot!!
x smp sejam
comment jangan cakaplah
beribu jugak

hahahahahha!!

sememangnya bola menyatukan seluruh rakyat Malaysia
kalaulah politik Malaysia bersatu hati macam nih

kan senang!!

kan indah!!

kannnn?


salam jumaat kawan2!!

13 December, 2012

saya adalah EMO !

aku adalah emo!!
bila melihatkan video yang rata2 share dlm Fb
seorang lelaki giler yang mengaku ayah
memukul anaknya macam orang takde akal
akal letak kat lutut agaknya

tgk Metro
siap front page lagik
sini

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
pic : google
agaknya kehidupan sekarang makin menghimpit
serba-serbi mahal
sumer benda kena duit
kos sara hidup makin meningkat
stress sana & sini
yang menjadi mangsa anak2
sampai dah tak ada pertimbangan akal & fikiran lagik

kerajaan kena kaji semua nih
punca masalah sosial
bukan terletak pada individu sendiri
terletak jugak pada dasar kerajaan
m/mana kerajaan nak mempermudahkan hidup rakyat marhaen nih
high cost of living - aku suami isteri bekerja pun terasa bahangnya

jangan ingat pemberian BR1M
itu dah cukup memadai

tapi binatang pun sayang anak weiiii!!

aduhai!!

marah macammana pada anak pun
ingatlah dia darah daging kita

pause!

sedihnya...





12 December, 2012

ini namanya GILA !

12-12-12

dunia dah makin tua
dan kita sehari ke akhir zaman
subhanallah!

baru2 ni utk semua peminat gadget
pasti tahu
tentang kedatangan gadget Apple yang terbaru
ipad Mini serendah RM999
dan jugak kehadiran Iphone5
dimana pre-order boleh dilakukan dimana2 branch Celcom

kalo cerita pasal gadget
kegilaannya menjadi2
ada yang sanggup bertunggu-tangga depan kedai
nak dapatkan yang terbaru.terawal..
ada yang sanggup mengikat perut
nak kumpul duit punya pasal

tapi sampai sanggup jual sebelah buah pinggang
nak beli gadget
ini bukan perkara main2
ini GILA namanya!

boleh tumpang baca SINI

kalo nak mengikut trend
tak terikut rasanya

selain kekangan kewangan
aku selalu counter back dgn diri sendiri
samada perlu @ tak nak tukar gadget itu & ini?

aku still pengguna tegar Samsung Galaxy Tab PT1000
dah berusia 1 tahun 6 bulan
alhamdulillah..masih berfungsi dengan baik
digunakan secara hardcore 24/7
aku jugak pakai Samsung Galaxy S plus
ada lappy peribadi kat rumah
yang dah berumur 5 tahun kot!

lohkong masih dgn handphone E71 yang dah berusia 2 tahun
ada ipad
ada lappy peribadinya sendiri

rasanya cukuplah tuh!
pakai sampai roboh
pakai sampai lusuh

anak2 pun tumpang jadi gadget savvy sekarang
kak ain & auni
memang suker main games
boleh guna ipad,tabby dgn begitu baik
tapi as parent kena kawal
kena tgk content yang selalu anak2 browse

teknologi memang baik
tapi kena dikawal selia sentiasa

aku tengok ramai parent sekarang
mungkin lebih daripada mampu
manjakan anak2 dgn segala macam gadget
ada tuh umur 2/3 tahun
dah disuakan dgn PS2
belum lagi gadget2 lain

subhanallah..
beruntungnya budak2 zaman sekarang

mungkin lambang kemewahan
mungkin lambang kasih sayang

wallahuallambissawab

anak2 kita
acuan kita

semoga kita berjaya mendidik mereka
dgn iman & taqwa

amin



true!!





10 December, 2012

seri !



auni & aish wai'e- the best friend ever!


melayan kanak2 sahaja
dah fully occupied

penat sgt2 weekend lepas
tapi berbaloi2

sangat seronok sbb bonda ada dirumah
dari jumaat lepas sampai esok

heaven!!

rumah lebih berSERI bila ada orang tua kan?

*tapi x seronok bila msia vs thailand semalam SERI! chaitttt


08 December, 2012

seriously cant wait!!


cant wait!

utk peminat serial movie LOTR
sure jadi sawan
macam aku
bila tgk iklan THE HOBBIT nih

for sure
aku akan pegi tgk movie The Hobbit
yang akan mula masuk pawagam pada 13/12/2012

ada sapa2 nak babysit kak ain & auni
aku upahler...

sgt x boleh bawak kanak2
g tgk citer nih
kalo tak boleh darah tinggi mama

kalo kejap2
si ain tanya
" dia cakap apa tuh mama ?"
"nape macam tuh mama?"

sebelum my blood go upstairs
baik kita cari sesiapa yang volunteer nak jaga kanak2 nih

anyone?

hahahahhaha!!


* aku prefer citer macam nih..biar merepek pun asalkan menarik jalan ceritanya!
bilalah Msia nak buat citer dramatik macam nih..asik2 citer hantu,citer komedi tangkap muat...

07 December, 2012

endless list :))


overslept !!
aku terbangun pukul 730am hari nih
mujur sedang bercuti umum
dan akibatnya
mandi macam Mr Bean
gosok gigi cepat2 sambil berdiri bawah shower
janji mandi

sauk seluar slack warna kelabu
sauk blouse panjang warna hitam
tak payah iron bagai
cari tudung instant
pun tak payah iron jugak
selamat!!

tak sempat nak peluk cium kanak2
sempat buat susu sebotol jer letak tepi bantal si Auni
dia jenis bangun tido aje akan cari botol susu dulu

nak bancuh air semug pun tak sempat
apatah lagi nak wat breakfast utk anak2

nak salahkan ubat batuk aci?
gara2 makan ubat batuk Uphadyl sesudu besar
amik..tido tak sedar diri
aku mmg selalunya kalah dgn segala jenis ubat batuk,antihistamine
mmg flat giler!!

bagi aku sebagai ibu yang bekerja sepenuh masa
time management paling penting
jangan buat2 amik endah tak endah

aku jenis yang sangat tak suke buat keja bertangguh
apa yang perlu disiapkan hari ini
jangan tangguh sampai esok

selalunya aku akan bangun pukul 630am ,paling lewat 650am
masa cuti sekolah nih
sebab tak kelam-kabut sgt siapkan kanak2
hubby pun ada kat rumah
aku akan masak utk breakfast/lunch sekali
kadang2 masak untuk lunch shj
itupun kalo ada roti ataupun kalo hubby nak makan nasi berlauk
dia akan beli kat gerai depan rumah
tapi lunch so far mmg kena masak sblm pg keja

kain baju selalunya hubby yang tolong masuk mesin & jemurkan
lega disitu!

minum pagi kejap
730am selalunya ada dalam keta dah

dok opis -sampai2 jawab urgent email
prioritise keja2 urgent
siapkan keja yang wajib buat sblm bos tanya
audit keja sendiri
sebelum balik keja
mana yang perlu follow up
kena tampal siap2
dan letak dalam reminder

balik keja smp rumah paling awal 7.30pm
aku akan solat maghrib
dan terus ke dapor utk prepare dinner
biarlah tak mandi pun dulu
motip?
spy by 830pm semua orang sempat makan malam
selalunya 815pm dah siap masak
aku masak yang simple2 aje
asal ada sayur-ada lauk-ada kuah
dan telur dadar faveret kanak2

masak,makan -bersihkan meja makan-cuci pinggan mangkuk,periuk belanga
barulah masuk mandi-bersihkan diri
lepas itu barulah- start lipat kain baju kat hall atas
ini mmg wajib buat tetiap hari
sbb x larat nak hadap kalo bertangguh lama2
sambil melipat baju
sambil melayan kanak2 tgk tv, main ipad
lepas tuh baru masuk tido
sblm tido bedtime stories kalo aku x penat sgt

keja2 major cleaning
macam mop dapor,cuci stove
mmg akan buat 1x seminggu paling malas pun
sapu sampah tingkat atas seminggu sekali
cuci filter aircond 3 mggu sekali
kemas halaman rumah 2 mggu sekali
cuci longkang, berus toilet  
semua kena buat secara berkala
dan make sure stick to the schedule
kalo takde guideline - mmg susah jugak nak pastikan rumah bersih, kemas
sbb masing2 bekerja & penat

tapi untungnya
aku ada hubby yang ringan tulang
bolehlah nak mintak tolong sapu rumah,mop rumah
kalo kita tak sempat nak buat
mmg masing2 sependapat
utk mengadakan ruang rumah yang praktikal ,bersih & selamat

jadi memang kena ada kerjasama
anak2 pun telah dididik dari awal
lepas main-simpan mainan masing2
if not mama campak plastik hitam
so bila kita threaten macam tuh
menjadi jugak!!

aku tak kata rumah aku kemas semedang
tak jugak
tapi aku selalu ensure rumah itu kemas sblm masuk tido
dan paling penting bersih di pandangan mata aku!

kata "baiti jannati" kan?

jadi takde alasan
utk biar rumah berkecah
kain- baju menggunung tak berlipat
lantai licin tak bermop
lantai tak bersapu-penuh habuk,rambut sana-sini
minyak terpercik kat kitchen panel tak berlap
pinggan- mangkuk penuh dlm sinki tak bercuci

biarpun kita ibu bekerja
andaikata time management kita on track
semuanya tak jadi masalah

biar penat sikit
asalkan berbaloi2

time management is a must!





06 December, 2012

hibernate :(

alahai...



maafkan tuan tanah
sedang diuji sedikit dari Allah
batuk non stop
malam2 susah betul nak tido

dgn sinus lebih memburukkan keadaan
hidung pun rasa macam swollen
walaupun xde running flu

pegi klinik isnin lepas
antibiotik pun dah complete course
tp still x ok2 lagik

hari nih x tahan sgt
g klinik kat TTDI
amik ubat lain pulak
hopefully serasi hdknya

dah x sanggup rasanya
batuk sepanjang malam
mmg seksa rasanya!!

amik..macam2 jenis ubat
ubat cair kahak jenis soluble
antibiotik-augmentin 2 papan
ubat batuk-utk siang
ubat batuk-utk malam
ubat gargle utk tekak yang swollen
ubat sakit tekak utk hisap
phuhhhh!!

mujur insuran bayar
kalo aku bayar- x tahu berapa ringgit kosnya

doakan aku
cepat2 sembuh yek
dah tak larat macam nih
kena keja lagik..suara pun dah bunyi macam suara BAPOK
husky !

banyak benda nak merepek
tapi pelan2 lah yea

selalu pusing blog kawan2
guna tablet galaxy tab masuk air aku tuh
masalahnya bile nak leave comment
dok tunjuk error message shj
jalan2 tumpang baca
tumpang senyum
tumpang sedih
nak jawab komen pun xdpt
mintak maaf banyak2
kena tggu weekend baru smpt nak ngadap lappy kat rumah
weekdays nih...sila bermimpi nak pegang lappy
balik rumah-byk keja menunggu!
huhuhuhu!!

sila bertabah!!