Pages

30 September, 2012

TEFAL ENJOY SQUARE GRILL PAN





TEFAL ENJOY SQUARE GRILL PAN
26 X 26 CM
RM110 only
  COD - Putrajaya/Petaling Jaya/Puchong/KL Sentral-during weekdays

kindly email me if you are interested :-

limited quantities only
first come first serve :))

 
"This black Tefal Enjoy square grill pan is scratch-resistant and features a Thermo-Spot heat indicator to tell you when your pan has reached the right temperature. Made from aluminium, this pan is oven safe up to 180C and will distribute heat evenly. It is suitable for all hob types, excluding induction and solid hotplates, and has a lifetime manufacturer's guarantee.Bakelite handle.Long-glide coating.2.3mm gauge.Suitable for hob types: Electric, gas, ceramic and halogen.Oven safe up to 180°C.Dishwasher safe.W26cm.Manufacturer's limited lifetime guarantee.EAN/MPN/UPC/ISBN: 3168430122215.



27 September, 2012

sentap + serik :(

sebagaimana aku meroyan sebelum ini
agak pening dgn trip nak ke Kuching kali nih
aku masih belum jupe van/kereta sewa lagik

ada yang aku berkenan
aku dah confirmlah dgn dia semalam
dia mintak booking deposit fee rm300
aku katalah ok!

aku bagitau dia tggu hari ni
aku baru dpt transfer payment segala
kebetulan hari nih
adalah hari huru-hara sedunia
adik aku ada operation lutut
kat hosp Putrajaya

aku dok temankan dia
kesian dia dgn epidural bius
sampai nak buang air pun payah lepas operation tuh!!

pagi2 buta MR H nih sms aku tanya $$$
aku kata belum trfr lagik sbb M2U aku problem
aku kata tggu sampai petang
aku kata lagik..suh dia email package dlm email aku
tggu pas sudah tak hantar2

sedang kalut dgn adik aku
MR H nih sms aku
"awak nih confirm ke tak,kalo tak nak-dah ada orang lain nak booking pun"
masa tuh pukul 3pm

aku nih hangin
hello ko tak tau nak sabar ke ??

tapi aku jawab sms dia

"kan saya dah janji,saya akan bayar hari ni..bagi saya masa sampai petang ni..paling lewat lepas maghrib saya akan buat payment..tapi kalo betul encik dah ada orang lain nak booking-silakan..saya takde hal nak cari pakej lain..encik tak perlu mengugut macam nih..sila berurusan secara professional.so dengan begini layanan awal encik pada saya- saya rasa elok saya batalkan awal2..saya pun rasa tak seronok nak berurusan dengan cara begini"

kan...dah melepas peluang meniaga

orang melayu meniaga
semua nak cepat
semua nak pantas
nak deposit kalo boleh lepas confirm -1/2 jam lepas tuh nak kena bank in dah
langsung takde budi bahasa
langsung takde skil nak amik hati client 
langsung takde bagi time-frame

dan ini antara sebab kadang2 aku suker berurusniaga dgn bangsa lain
sungguh aku cakap!!

even kalo rega mahal sikit pun
tapi kalo kualiti baik
servis mantap
PR excellent
sure aku akan jadi repeat customer punya

aku ada pegang satu prinsip dalam berurusniaga
tak kisahler..dr bab kedai makan-kedai runcit
servis domestik
aku masih mengamalkan mereka2 yang pandai berbudi bahasa
yang excellent serba serbi
biar apa bangsa pun
kata CUSTOMER ALWAYS RIGHT KAN!!
 
kutuklah aku 1000x pun
this is fact..

biarlah orang nak kutuk aku
taknak tolong orang MELAYU meniaga
tapi sebenarnya orang MELAYU yang meniaga nih lah tak tahu nak tolong diri sendiri

totally masih ada peniaga MELAYU yang bagus , yang telus
yang jujur
tapi sorry--kes2 yang melibatkan aku
jarang2 sangat yang melekat dalam kepala

its true
its really wasted !!

mode :sentap & serik!!

* masih mencari lagik van tour trip ke kuching 12/10 nih..siapa ada contact number?boleh tolong!!

ishhhhh geramnya!!!

 

 





26 September, 2012

Hadiah kasih sayang :))

sling beg CR 

balik2 semalam
si ain bisik2 sama papanya
siap cakap mama balik nanti tutup mata
belum apa2 lagik
si auni dah pecah rahsia
"ada present untuk mama"

hahahaa
mengamuk kak ain
adik mmg tak pandai simpan rahsia 

tq papa
tq kak ain
tq adik auni

ini beg sling yang mama dok browse 2-3 hari lepas
gara2 nak g kuching 12/10 nih

bila sebut kuching trip 
* rasa nak pengsan balik
pening kepala!!




22 September, 2012

Berangan & Bermimpi !

dah lama rasa x update pasal rumah sekangkang kera aku tuh kan
sekadar buat kenangan utk diri sendiri
kena tepek jugak kat blog nih

alhamdulillah..dah setahun 3 bulan aku & family menetap disini
so far alhamdulillah
xde kes yang bukan2
jiran2 pun baik2 belaka

banyak benda yang kami angankan utk rumah ini
moga jadi tempat istirehat yang selesa buat aku sekeluarga
takde apa yang kami tambah
selain membeli island table yang kecik utk dapor cinonit tuh masa bulan posa yang lepas

antara perancangan jangka panjang kami
adalah nak membesarkan dapor sekaligus nak buat dry kitchen & dining area
itupun kalo ada rezeki nanti
buat tiles kat porch
tarik porch-pasang bumbung konkrit 
tukar pagar & wat pagar batu  menggantikan pagar besi tuh
serta wat laundry room kat airways hall sebelah bawah nih.. 
jugak bermimpi nak wat garden yang ada refelexolgy stone kegemaran aku tuh..

tapi 2 minggu lepas jiran sebelah kanan
dimana rumahnya masih kosong
tgh buat pagar batu
jadinya...kami tak payahlah nak buat dah..
untunglah kan...

pagar batu-ikhsan jiran!!baru siap plaster

so hanya pikir nak sambung pagar batu
dekat area depan sahaja lah sebabnya kiri kanan jiran masing2 dah siap pasang pagar batu masing2

jiran sebelah kanan..dah elok berpagar batu!


kat sinilah ..rancangan nak wat pagar batu & tukar pagar molek sikit!






tapi ini semua perancangan awal
kalo ada rezeki lebih
kita buatlah kan..

takperlah sikit2 lama2 jadi bukit
semoga Allah permudahka hdknya
inikan baiti jannatti!!
nak beli yang molek lagik..x mampuler.
skrg harga rumah...double storey kat puchong utama pun 600k ok..sgt giler!!

utk mereka yang belum merancang beli rumah sendiri lagik
sila buat azam tahun depan utk beli sebiji
biar kecik pun 
janji ianya milik kita!!

rumah kecil tiang seribu!!
biar kecik
biar buruk
biar hodoh
janji kita punya!!!

:))

21 September, 2012

hair cut time !

muka tak berapa nak redha!!





dekat seminggu memujuk
siap dirasuah dgn coklat maha besar
baru nak g kedai potong rambut!!

nak harap mama potong rambut kamu
alamatnya jadi hodohlah kamu nak!!

sabor jelah!!


happy weekend peeps!!


19 September, 2012

Teambuilding- Sunway Lagoon 9/9/2012


opis aku nih
mari sawannya
mmg sokmo2 nak wat teambuilding
memperabiskan budget department kekdahnya

aku bukan tak suker pg
tapi sbb selalunya sbb faktor tempat yang tak best
atau sebab menyampah dgn acara2 yang dorang buat
kadang2 tak masuk akal

tp tahun nih aku pg jugak
saje bagi moral support kekdahnya!!

the good things about this teambuilding
ianya dijalankan di Sunway Lagoon
abis buat segala aktiviti
kitorang pakat berendam
smp esoknya aku demam
muahahhaha!!

giler lama xgi sunway lagoon
mensakai kejap hari tuh
hajat dihati nak bawak kanak2 kat sini
tunggulah hujung tahun nih ke..

sila layan gambar yang x seberapa nih aje



dosa mata banyak kat sini..





cabaran pertama naik titi gantung-- ini pun aku larik awal2..tak kuasa!!




officemate sengal #


chubbynya aku kan!!


suh paksa naik menatang nih bayar pun aku tak mau...sgt menakutkan!!


antara aktiviti wajib kena naik menatang nih..tapi aku menyorok..hahahah


giler sakai dok atas tuh..terjerit2!!




muka mereka2 yang kaki mengelat :))


ini sahaja aktiviti yang aku join..naik cawan gergasi pusing laju2 nih..oklah jugak!!


ini lagi satu menatang yang menakutkan..menatang nih leh pusing 360 darjah ok..sapa ada darah tggi,sakit jantung.sure inallillah...hhuhuhuu!!
mmg have fun
tp yang paling seronok adalah aktiviti berendam tuh je lah..
segala games..group aku kalah

apa ada kisah!!

setakat dapat hadiah jam tangan sunway jerk!!
apanakkisah##


apapun..kena simpan duit 
bawak kanak2 dtg sini

tiket masuk agak mahal yea kawan2
sila google yek

belum lagi bab makan-minum
nasi ayam RM15 satu set
milo secawan RM6
rasa nak telan dgn straw sekali ok..

outside food is not allowed
jangan mimpi nak bawak masuk
sbb dkt entrance sahaja
ada pak guard tukang geledah beg masing2 

cisssss.....!!

*hopefully tahun depan opis wat teambuilding g jauh2 sikit..g tasik banding ke..

jalan2,makan2 Raya 2012 :))

Walaupun permulaan Syawal
serba bosan
tapi bila masuk minggu ke 2 raya
mmg truly happening
open house sana-sinun
wedding invitation lagik
wahhh mmg sessi makan free!!

aku rangkum shj sumer dlm entry nih
gambar2 yg sempat di ambil ketika menghadiri majlis kawan2
pg wedding invitation


sessi jejak kasih sampai ke Tangkak-jupe BFF A'a

beraya ke rumah  Marsha -kanak2 ralit main mainan anak si marsha -balik mengamuk nak mainan sama dgn rumah Marsha..pengsann!!!!

di samping host "Marsha"-sesat larat nak smp sini

pot luck Raya- tadika Ain

aku goreng bihun jerk..dasar pemalas kan!!

ain-auni & kawan baik ain

ain-auni & cikgu sekolahnya..cikgu Rozi

orang suh makan--dia berlarik2

wedding invitation sedara - Bangunan Risda-bersama bonda terchinta!!

ada reunion lagik
tapi as usual
kadang2 x sempat nak amik gambar
dah mengejar si kanak2 tak reti dok diam seminit tuh!!

apapun semoga panjang umur bertemu Syawal tahun hadapan
tahun ini memang pecah rekod beraya
paling jauh adalah Tangkak

tahun depan..mana tau kita beraya obersea kan lohkong..
hahahahha!!

spore pun jadikler!!

*hari nih x keja..jaga si Ain demam..the best thing package dgn HFMD..pengsan sekali lgk#

18 September, 2012

17 September 2012






as per FB status this morning

33rd with 2 growing kids
juggling with time between family & work

im goin thru a few phase in life
still long way to go ( kalo panjang umur)

its not easy
the journey comes with joy & tears
sometimes its up
sometimes its down

sometimes im happy
sometimes im not

but this life is all about
struggling & fighting

this has made who i am now

may Allah show a right path

Thousand thanks to all family & friends for all the best wishes

-

life is always rewarding journey :))

15 September, 2012

Ain-her POTLUCK & next year plan :)


aku selalu sedikit blur
bila kena menghadiri acara POT LUCK
sbb selalunya blur nak masak apa-nak bawak apa
almaklumlah..skill memasak agak kedaung jugak!!

buat orang keracunan pulak nanti
muahahaa

hari nih kak ain ada majlis open house di Tadikanya
diminta ibubapa menyediakan makanan utk dibawa bersama

dah 2 hari surat tadikanya sampai
2 hari jugaklah 
aku dok google
kejap nak buat coctail buah
pastuh nak wat agar2 pulak
pastuh tukar nak wat kuih talam pulak
sampai ke pagi ni--finalised

kita goreng mihun spore sudaaaa!!

ke kedai beli bahan mentah nak masak

keletung-keletang kat dapor
siap!!!

jangan takde langsung kan!!
kesian plak tgk ain merengek2 tanya apa nak dibawa ke tadikanya

its kind of moral support jugak pada anak2
kita support segala aktiviti sekolah anak2
kita tunjukkan penglibatan secara langsung

so she will know that we CARE for her
kita nak tunjuk yang kita amik berat urusan persekolahan dia
ini antara permulaan yang baik
aku harap smg Allah mudahkan /lorongkan kelapangan waktu
so bolehlah aku sentiasa ada masa utk anak2

insyaallah!!

she's so adorable yet so fragile !!


ain akan berumur 7 tahun
aku & papa sepakat sekolahkan dia di kawasan rumah shj
walaupun mula2 ada niat nak hantar sekolah agama Al Amin
tp disebabkan lokasi agak jauh
maka- dibatalkan shj !

makin seriau bila teringatkan tahun depan
susah hati sbb kak ain akan bersekolah pagi & petang

kadang2 as mom
mmg aku paranoid!!

tapi bila teringat dulu2
aku pun macam tuh jugak
pg sekolah agama
ptg sekolah kebangsaan

boleh jek!!

tiba bab anak sendiri
serabut bagai!!

muahhahahahah!!
taknak pikir2 skrg

almaklumlah..si mama nih paranoidnya lain macam!!




14 September, 2012

lepas geram !



semalam ntah apa malangnya
aku punya nama naik
utk "coffee session " dgn big-big-big BOSS
adoikhhh!!

kononnya inilah adalah aktiviti tahunan
dimana staff pelbagai peringkat jawatan
dikehendaki bertemu 4 mata
ini kononnya masa utk kita gunakan "speak up policy "
masanya nak bagitau
apa yang kita perlukan dalam organisasi?
apa yang perlu ditambahbaik dalam organisasi?
means our concern its their concerning as well
konon2!!

ada lebih kurang 9 orang staff pelbagai peringkat yang kena attend
macam2 usul
macam2 complaint
tapi feedback BBBB nih macam haram!!
xde pun nak tunjuk inisiatif "will look into it "
dia punya reply--mmg menyelamatkan tengkuk sendiri aje!!

mmg sessi buang masa
buang air liur jerk

mmg totally rasa- session yang dia buat tuh
sekadar acara tahunan
yang perlu disudahkan
tanpa sebarang MISI !!

*hari nih sorang kawan mmg mencari pasal- tak pasal2 kena bahan dgn aku yang tak berapa nak bersabar sikit pg nih..hanya kerana feedback dia bila tahu hubby aku demam hari nih "tempat tinggal tuh persekitaran tak sihat kot ,asyik demam jerk"
kadang2 mulut longkang mcm nih mmg kena dibahasakan..sihat & sakitnya kita..itu bukan kehendak kita,..takdir Allah Taala..tak payah nak blame itu- nak blame ini..tak payah nak tunjuk concern kalo sekadar nak mendabik dada --one fine day..who's know its your turn !!
At least aku ada jugak rumah sendiri drpd menyewa kan!!

mintakmaapkawan-mulutakummgtaktaunakbersabarsikit-bilakosibukhalrumahtanggaaku!!

-aku ada banyak kawan- tapi dari banyak2 tuh..90% hanya kita panggil kawan bukan sahabat!

-its better silent rite !

12 September, 2012

This is family TIME !!


penat melayan kanak2 di taman permainan
tapi its  still worth it



tempat favorite..

yang besar pun  nak berdukung jugak!!

berjaya lepas -15 seconds

kak ain takkan tinggal basikal dia

bersungguh nak memanjat...

cubaan tangkap gambar seorang diri..selalu x menjadik!!

when they smiled & have fun 

and asked again
"BOLEH DATANG LAGI ESOK"




11 September, 2012

down with Fever & Flu :(


jom pijak batu sakit nih lagik?

biasalah penyakit post raya
atau jugak penyakit yang datang slps raya!!

semalam mmg Annual Leave
sbb mmg dah agak sure akan kepenatan balik dr team building opis
yang berlangsung ahad lepas
semalam mmg dah start hint2 nak demam tuh
start dgn flu-sore throat
petang semalam konon2 nak bg badan berpeluh
pglah jogging kat Taman Tasik Cyberjaya
siap pijak2 kat batu reflexology tuh lagik

balik rumah mmg confirm demam
siap badan panas
pakej dgn pening kepala
masak jugak utk dinner
stok campak2
kalo aku anak beranak nak makan..mungkin x serajin itu nak masak
since in law ada kat rumah..mmg kena masak jugaklah kan!!
namanya memuliakan TETAMU kekdahnya!!

hari nih terpaksa MC
mlm td Auni lelah pulak
dgn flatt nak mam***
melayan auni yang cranky
aku plak jenis takleh telan ubat flu
mmg susah nak bukak mata
tak tahan sgt2!!!

pg klinik..sot set sot set
doktor pun nak tergelak tgk aku berbungkus
dgn kelek auni yang cranky
balik klinik
masak jugak utk lunch
setelah telan ubat demam,antibiotik,clarinase
aku pengsan lagik!!
aiyokhhhh melepek sungguh!!

sekali sekala demam ada untungnya
lohkong tolong kemas dapor
lohkong siapkan nasi utk wife terchinta

sekali-sekala
apasalahnyakan!!

esok-- mmg kena pg keja
tak leh tidak2
keja banyak menunggu!!

doakan aku cepat2 sembuh!!

10 September, 2012

KIDZANIA -MUTIARA DAMANSARA -my personal review

Kidzania
aku pergi atas dasar sudah berjanji dgn kanak2
once duit raya masing2 cukup utk byr tiket ke Kidzania
aku akan bawakkan 

seriously
aku takkan membazir duit-ringgit aku utk membayar tiket semahal itu utk kanak2
baik aku menyimpan drpd membazir tak tentu hala
baik beli benda makan..ada jugak faedahnya!!
kos tiket masuk shj RM125
tiket Ain- RM55
tiket Auni-RM35
tiket Aku-RM35

disebabkan kanak2 dah menuntut
dan collection duit raya masing2
mmg banyak sikit compare tahun lepas
so aku pun bawaklah sabtu lepas

actually Kidzania tempat kanak2 berangan
utk jadi dewasa lebih awal
memilih kerjaya pilihan mereka
ada banyak kerjaya boleh dipilih
di posmen-nurse-doktor-bomba-polis-forensik-beautician-deejay-keja TM-TNB
cashier kat hypermart-painter-artist-tukang jual handphone pun ada
bukak kedai makan-sushi,burger
nak jadi pilot,nak jadi stewardess--ehhh macam2 ada!!

budak2 nih yang teringin 
dikehendaki beratur mengikut kerjaya pilihan
ada yang perlu dibayar menggunakan Kiddoz
selain kena bayar -mereka jugak dibayar gaji selepas tugasan selesai
kiddoz nih matawang yang digunakan dalam dunia Kidzania
masuk2 aje- mereka telah dibekalkan dgn 50 KIDDOZ
siap kena cashkan cheque kat CIMB BANK lagik

ada few jobs yang berjaya Ain & Auni join
keja buat burger kat Marrybrown
jadi nurse kat hospital
keja kat hypermart
aku ikutkan jer...ikutkan pening dok situ
sbb budak2 ramai-berlarik2
mmg budak2 suka sgtlah!!


masa nak tunggu mama beli tiket

cashkan cheque di CIMB

macam pandai kira sgt!!

1st task- dgr penerangan nak wat burger

serious aje muka masing2!!

masa bertugas kat hypermart-tgh cari barang ikut list yang diberi
check barang dgn cashier

muka budak paling notti hari tuh!!

kira hasil duit gaji!!

tgh mengintai kak ain--masa nih dia sedang jadi nurse di nursery--jaga baby

pendapat peribadi
rasanya sesuai utk kanak2 5 thn keatas
berumur bawah dari itu
sgtlah rugi nak bawak
sbb most job required had umur 4 tahun keatas

kena datang awal--utk cuba sumer kerjaya
if not beratur maha panjang
sgt x berbaloi!!

makan-minum adalah sgt MAHAL didalam
even vitagen sebotol rm2.50
siap ada tax 5%
sangat melampau..!!

bagi aku..mungkin lambat lagi kot nak bawak budak2 nih kesana lagik
rasanya tak berbaloi
kalo kita ada $$$ banyak 
atau $$$ x tau nak buat apa
mungkin antara tempat yang boleh dikunjungi utk kanak2

daripada mama buang $$$ pg kidzania
baik mama shopping kat IKEA jer kan!!

muahahaha!!


makan free+purple


jumaat lepas pg keja adalah sgt heaven
semata2 misi makan2 free 
anjuran opis terchinta
g keja dr awal pagi mood sgt baik
malam sebelum tuh siap whatsapp
all partner in crime
kita purple ok esok!!

yang nak telan dlm 50  orang jer
order makan macam utk 200 orang
dengan sate beraneka jenis
rendang ayam
ayam golek
nasi himpit
lemang
kuih raya berbalang2
air berjag2
buah lagik

kesimpulannya--sumer pakat tapau masing2 bawak balik rumah
mmg banyak sgt
inilah jadinya kalo suh orang lelaki wat aktiviti order itu& ini
mmg ikut  #nafsutamakhaloba aje!!

apapun tahun ni
paling seronok rasanya open house kat opis
compared tahun lepas!
tq boss--next year kita wat lagik ok!

sila layan gambar ajelah!!

separuh daripada menu

   
yang paling hujung kiri sahaja yang belum kawin-1-3 dari kanan selamat jadi bini orang..bestie kat opis !!
-theme purple-
ini baru betul2 geng sebenarnya-geng whatsapp "team sengal"-dua-dua belum kawin...sedang berusaha utk  kenenkan 2 manusia nih..hehheheh!!

apapun sebenarnya selain dpt makan free
adalah seronok bergosip dgn kawan2
takde yang lebih best dari itu
hahahhahaha!!!

utk kawan2
i lap you all very2 much!!